Pages

SELAMAT BERCUTI DARIPADA KAMI!

Friday, November 21, 2008

APA BEZANYA???

Friday, November 14, 2008

Apa bezanya perbuatan Mukhlas, Amrozi, Imam Samudra, Saddam Hussin, dengan George W. Bush, Ariel Sharon, Radovan Karadzic dan pembunuh umat manusia yang lain?. Itulah pertanyaan penulis terhadap liputan berita kematian 3 orang yang digelar sebagai pembunuh Bali iaitu Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudra yang penamat hayatnya dihujung senapang. Tatkala penulis membaca liputan akhbar berkaitan hukuman yang bakal dihadapi oleh mereka itu, tidak dapat penulis bayangkan apakah penulis larat atau mampu untuk berhadapan dengan situasi yang serupa seandainya penulis berada ditempat mereka. Apakah kuat iman kita untuk menghadapi saat-saat yang paling menggerunkan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini?.


Gambar: Amrozi dan Mukhlas.

Itulah antara persoalan yang bermain di minda penulis. Disaat memikirkan apakah perasaan mereka tatkala ajal dan maut sudah diketahui dan dijangka, penulis turut bersyukur kehadrat Ilahi kerana demikianlah antara manfaat untuk kita apabila urusan ajal maut itu kekal menjadi misteri untuk kita ketahui. Apakah perasaan kita andainya kita sudah mengetahui ajal kita semakin hampir?. Demikianlah juga keadaan atau situasi yang perlu dihadapi oleh ketiga-tiga orang tersebut. Namun, apa yang menarik untuk kita bincangkan bersama adalah, apakah bezanya perbuatan ketiga-tiga pesalah tersebut itu dengan individu-individu yang penulis sebutkan tadi?.

Persoalan syurga neraka, betul atau salah, jihad atau tidak kita ketepikan dahulu dalam konteks perbincangan kali ini. Mungkin jika ada kelapangan waktu mungkin kita boleh bincangkan lagi persoalan-persoalan itu. Namun, apa yang ingin penulis garapkan disini adalah, perbuatan ketiga-tiga pesalah ini adalah sama dengan individu-individu yang penulis sebutkan sebentar tadi. Namun, hakikatnya sebahagiannya sudah menerima balasan setimpal atas perbuatan yang dilakukan oleh mereka dan sebahagian lagi masih bebas dan kebal daripada sebarang bentuk hukuman. Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudra sudah menemui ajal dengan hukuman tembak sampai mati di pulau Nusakambangan manakala Saddam Hussin pula di tali gantung dan beberapa orang lagi sudah menjalani hukuman. Kesalahan yang dilakukan oleh mereka adalah membunuh manusia lain tanpa ada batas perikemanusiaannya dan mangsa yang dibunuh oleh mereka itu adalah orang awam yang tidak bersalah.


Gambar: Keadaan pengeboman kelab malam di Bali.

Demikianlah antara intipati dalam pertuduhan yang dikenakan keatas mereka untuk merelevenkan hukuman mati itu. Namun, penulis percaya, individu seperti George W. Bush, Ariel Sharon, Radovan Karadzic dan beberapa individu yang layak digelar penjenayah perang dan kemanusiaan di zaman ini masih bebas dan belum menerima hukuman atas apa yang mereka telah lakukan. Umum sedia maklum, perihal kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap bangsa Palestin. Khusus untuk penelitian kita bersama, mari kita intai dan lihat apa yang berlaku dalam kes pembunuhan bangsa Palestin di kem pelarian Shabra dan Syatila yang berlaku pada 17 September 1982. Untuk rekod kepada peristiwa kejam itu, tentera Israel yang dipimpin Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel) pada ketika itu, mengarahkan askarnya melakukan pembunuhan besar-besaran di kem pelarian Palestin di Shabra dan Shatila yang terletak di Beirut Barat.


Gambar: Peristiwa keganasan tentera pimpinan Ariel Sharon Di Shabra dan Syatila.

Sharon mengisytiharkan terdapatnya 2,000 pengganas yang berlindung di kem tersebut dan mengarahkan kereta kebal dan tentera rejim untuk mengepung kem tersebut. Pelarian Palestin yang berlindung di kem tersebut telah digempur habis-habisan dan dibunuh tanpa belas kasihan termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak. Demikianlah antara coretan ringkas kekejaman golongan laknatullah itu. Namun, apa yang mendukacitakan ialah pembunuh yang digelar penyembelih Shabra dan Syatilla ini tidak dikenakan sebarang bentuk tindakan atau hukuman atas apa yang telah dilakukan. Ariel Sharon bukan sahaja kebal daripada sebarang tindakan dan undang-undang tetapi seolah-olah diberi lampu hijau oleh Amerika untuk menghancurkan, menyiat-nyiat dan membakar tubuh-tubuh warga Palestin yang tidak bersalah dan berdosa. Begitu juga perihalnya kekejaman yang dilakukan oleh George W. Bush di Afghanistan dan Iraq.

Beribu-ribu manusia dikorban atas slogan menghapuskan pengganas dan berjuta-juta hilang tempat berteduh akibat daripada kerakusan manusia bernama George W. Bush itu. Manakala penjenayah perang paling dikehendaki di Serbia iaitu Radovan Karadzic kini sudah melingkup dalam tahanan. Ya! Memang benar beliau sudah ditangkap dan menunggu proses perbicaraannya atas semua kejahatan yang dilakukan keatas bangsa Albania, namun nasibnya tentu sekali tidak akan sama dengan apa yang dialami oleh ketiga-tiga pengebom Bali tadi. Inilah yang penulis mahu tekankan, apakah bezanya tindakan dan jenayah yang dilakukan oleh Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudra tadi dengan kekejaman yang dilakukan oleh individu-individu yang penulis nyatakan tadi. Demikianlah keadilan dalam dunia ini, sering saja berlaku perlanggaran dalam prinsip keadilan itu sendiri dek kerana kuasa, pengaruh dan pangkat. Bagi penulis, perbuatan yang dilakukan oleh ketiga-tiga pengebom itu tiada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh individu yang penulis nyatakan sebentar tadi. Apa yang membezakan mereka ialah, ketiga-tiga pengebom tadi tidak setanding kuasanya, pangkatnya dan pengaruhnya berbanding individu yang telah dinyatakan tadi.

Sebelum penulis tamatkan ketukan jari di papan ini, suka kiranya penulis sunting sedikit perihal komen-komen sahabat di ruangan interaksi anda. Ya! Apa bezanya kita dengan maktab?. Kita juga cikgu sama juga dengan pelajar di maktab?. Mengapa kita seolah-olah didiskriminasikan?. Demikianlah antara coretan serba ringkas daripada komen sahabat sekalian. Menarik untuk dibicarakan bersama, penulis cuba mendapatkan gambaran serba ringkas berkenaan perkara ini daripada teman-teman yang lebih senior. Mengikut katanya, sepatutnya yuran perpustakaan, yuran pengangkutan, yuran makmal komputer dan lain-lain lagi semasa praktikum yang dikenakan keatas mahasiswa tidak patut dilakukan. Hal ini kerana, dalam tempoh praktikum semua mahasiswa yang terlibat berada di sekolah bukannya di kampus.

”kita kat sek, bkn kat kmpus. calon aspirasi dlu pun ggl prjuangkan hal nie. wahai adikku sekalian, sdrlah tntg mslah nie ye. nie blm msk kpli lagi, wlupn mrk skt je, tapi dpt elaun wlupn stdy 1thn je”. ”mktb@ipg dah stndard upsi, mrk buat degree lagi. dapat elaun blnn rm350 plg krg, tak msk hostel, pnggkutn. kite semua settle sndri”. demikianlah kata Rina di ruangan interaksi anda. seterusnya suka kiranya penulis ketengahkan pendapat daripada Daaris, katanya ”sy rasa dah tiba masanya kita pun dapat merasai elaun..apa beza kt dgn maktab? Cikgu SAMA cIKGU.. sy fhm kita di bawah dua kementerian yg berbeza..tapi itu tidak wajar utuk dijadikan alasan utk mendiskriminasikan kt..Ini adalah hal kebajikan. Jgn sampai UPSI dicop zalim dan tidak mempedulikan nasib mahasiswanya.

Walaupun kupasan penulis berkaitan perihal tersebut adalah ringkas, cukuplah kiranya paparan penulis ini dan juga komen daripada teman-teman diruangan tersebut dan boleh dilihat dan diteliti oleh barisan MPP baru. Seandainya luahan dan pendapat yang diutarakan itu mempunyai kerelevanan yang tinggi untuk diperjuangkan, gunakanlah platform anda sebagai wakil mahasiswa untuk membela nasib mahasiswa selaras ucapan YDP anda baru-baru ini iaitu suara mahasiswa tetap menjadi keutamaan dalam perjuangan barisan MPP kali ini. Akhir kata, penulis bawakan dua kisah iaitu:

Amin, anak kepada Menteri Besar dan cucu kepada jutawan minyak sawit terkenal sering ponteng sekolah dan melakukan kegiatan buli kepada rakan-rakannya yang miskin. Manakala Aman pula anak kepada penoreh getah yang berpendapatan sederhana dan mempunyai perangai dan tingkah laku yang sama dengan Amin tadi. Namun, kedua-duanya mempunyai dua situasi yang berbeza. Di sekolah, semua guru mengetahui akan perbuatan buruk yang dilakukan mereka. Namun, sering saja Aman yang dihukum dan dilabelkan penjahat dan samseng oleh guru-guru, sedangkan Amin tidak dikenakan sebarang hukuman dan kutukan atas perbuatannya itu. Hal ini kerana, Amin mempunyai pengaruh akan kekayaan dan kuasa ahli keluarganya manakala Aman tidak punya apa-apa kerana dia merupakan anak seorang penoreh getah yang miskin.

Demikianlah situasi dalam kehidupan kita di dunia ini. dalam kes kedua-dua tadi perbuatan yang dilakukan oleh mereka adalah sama. Tetapi disebabkan pengaruh, kuasa dan kekayaan sering saja tanggapan masyarakat akan berbeza mengikut setiap situasi. Dari segi logiknya, apa bezanya perbuatan mereka itu?....sudah tentu sama sahaja bukan?....namun itulah lumrah dalam kehidupan ini, tiada bezanya perilaku ketiga-tiga pengebom Bali itu dengan penjenayah kemanusiaan lain. Begitu juga tiada bezanya antara mahasiswa yang berada di dalam bidang perguruan ini tidak kira dimana institusi naungannya kerana apa?....kerana kita semua adalah bakal pendidik buat anak bangsa. Apa yang penting, usahalah sedaya mungkin untuk membina diri kita sebagai bakal pendidik terunggul buat anak watan tercinta. Wassalam.

Editor : Janggut Hitam.

AKAN ADA PERUBAHAN DALAM HIDUP INI...

Tuesday, November 11, 2008

Tanjung Malim 15 Ogos – Dalam keasyikan kita mentelaah mata pelajaran buat bekalan dalam peperiksaan akhir semester dalam minggu terdekat ini, sedar ataupun tidak akan beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai satu fenomena perubahan dalam sosio kehidupan masyarakat dunia hari ini. Pertamanya, suka kiranya untuk kita melihat perkembangan dan perubahan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat melibatkan perubahan mentaliti, citarasa, persepsi, fahaman, dan tanggapan masyarakat Amerika itu sendiri. Dasar Aparteid yang pernah diperkenalkan dan diamalkan di Afrika Selatan suatu ketika dulu merupakan antara dasar fahaman yang keji dari sudut kemanusiaan itu sendiri.


Barrcak Obama: Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.

Namun setelah sekian lama berlalu, masyarakat dunia secara sedar ataupun tidak mendabik dada mengatakan penerimaan dan pengaruh Dasar Aparteid sudah dihapuskan. Walhal, perkara tersebut masih berlaku dalam kehidupan masyarakat dunia hari ini. Tembok pemisah suatu ketika dahulu berada didalam imaginasi puak-puak ekstremis Ariel Sharon kini sudah direalitikan pembinaannya. Namun hakikat yang nyata adalah dasar memisah yang diamalkan oleh Sharon ini sama seperti mana dasar apartheid yang pernah diamalkan oleh kerajaan Afrika Selatan sedikit masa dahulu.

Apa bezanya perilaku puak-puak ekstremis seperti Ariel Sharon, George W. Bush yang tidak ada sedikit pun peri kemanusiaan dalam hati mereka dengan pengamalan dan dasar yang pernah diperkenalkan dan dipraktikkan di Afrika Selatan itu?. Dalam konteks ini, penulis mahu mengajak pembaca budiman sekalian untuk melihat perubahan yang kononnya sedang berlaku di negara unipolar dunia iaitu Amerika Syarikat. Kemenangan Barrack Hussein Obama dalam pilihanraya presiden baru-baru ini menyaksikan Obama berjaya merealisasikan impiannya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-44 seterusnya mencipta sejarah menjadi warga kulit hitam pertama di Amerika Syarikat menduduki kerusi panas di White House itu.


Mampukah lelaki ini melakukan perubahan?

Namun, bukan kekalahan John Mccain yang mahu kita bicarakan disini. Tetapi fokus atau kiblat kita adalah seperti yang penulis garapkan sebentar tadi iaitu perubahan mentaliti, citarasa, persepsi, fahaman, dan tanggapan masyarakat Amerika itu sendiri. Sekian lamanya mentaliti bangsa Amerika itu desemaikan dengan tanggapan warna kulit adalah antara penentu seseorang calon itu untuk menjadi pemimpin. Di Amerika, walaupun mentaliti dan fahaman yang bersamaan dengan Dasar Aparteid itu dikatakan sudah tidak praktikal lagi, namun secara realitinya penerimaan dasar itu masih digunapakai oleh sesetengah warganya. Peristiwa serangan 11 September 2001 telah mencetuskan fenomena Islamphobia iaitu pandangan serong terhadap Islam dan umatnya sehingga bibit-bibit Dasar Aparteid itu semakin berleluasa.


Bapa tirinya Muslim namun itu tidak menggugat pengaruhnya...

Pentadbiran Bush selama hampir 4 tahun di White House telah memperlihatkan secara jelas diskriminasi agama dan kaum oleh mereka terhadap masyarakat Islam. Kesinambungan daripada sikap diskriminasi itu telah dizahirkan melalui perang ke atas Afghanistan dan Iraq yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Taliban dan jatuhnya kekuasaan Saddam Hussien dan parti Baathnya di Iraq. Begitu juga kes yang berlaku di Belanda apabila seorang ahli parlimennya mengarahkan pembikinan filem Fitna dengan motif utamanya adalah untuk memburuk-burukkan Islam dan pengikutnya. Seterusnya penyelesaian konflik yang tidak pernah menemui titik noktahnya di Palestin yang meragut dan memporakperandakan kehidupan masyarakat Palestin itu sendiri tidak pernah dipandang enteng oleh Amerika selaku orang tengah dalam penyelesaian konflik tersebut.


Saddam Hussein...disinilah pengakhiran hayatnya..

Secara terus terang Israel di jaga seperti anak emas daripada dikenakan sebarang tekanan dan tindakan oleh masyarakat dunia. Buktinya sebanyak 30 veto telah dikenakan oleh Amerika untuk semua resolusi bagi mengecam dan mengutuk tindakan ganas Israel terhadap Palestin. Pengisyhtiharan Doktrin Negroponte dengan maksud sebarang resolusi mengecam tindakan ganas Israel andainya tidak disertakan sekali kecaman terhadap pertubuhan seperti Hamas dan Briged al-Aqsa tidak akan diterima oleh Amerika Syarikat jelas menampakkan pengamalan Dasar Aparteid oleh pentadbiran Amerika terhadap Islam. Namun, kemenangan Barrack Obama dalam pemilihan presiden baru-baru ini memperlihatkan beberapa perubahan dari segi mentaliti, citarasa, persepsi, fahaman, dan tanggapan masyarakat Amerika itu sendiri. Buktinya adalah mudah, Barrack Obama merupakan calon kulit hitam berketurunan Kenya bagi pihak bapanya dan kulit putih Amerika di sebelah ibunya tetapi semua itu sudah tidak diambil peduli oleh warga Amerika Syarikat.

Selain itu, apa yang paling menarik ialah, serangan oleh pasukan kempen seterunya iaitu Senator John McCain berkaitan pertikaian status agamanya samada Islam ataupun Kristian tetapi penerimaan pengundi tetap tidak tergugat oleh spekulasi tersebut memperlihatkan perubahan yang penulis katakan sebelum ini sedang melanda Amerika Syarikat. Perubahan yang berlaku di Amerika Syarikat ini mencetuskan harapan dikalangan dunia Islam dan masyarakat dunia untuk melihat perubahan dasar untuk tidak lagi mendiskriminasi Islam dan penganutnya. Segala perubahan dan perkembangan yang berlaku ini dilihat dengan penuh teliti oleh semua pihak. Kita tinggalkan perubahan yang berlaku di Amerika itu untuk kita tinjau kehidupan dan politik kampus kita di UPSI ini.


Perubahan di UPSI

Barisan MPP kita sudah sah diumumkan lantikan mereka dan menamatkan teka-teki yang tersebar meluas sebelum ini. Molek kiranya penulis kaitkan perubahan di Amerika itu dengan perubahan di kampus UPSI ini. Jika sebelum ini, setiap calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus berdasarkan pihak Aspirasi dan lawannya Pro Mahasiswa, namun dalam PRK baru-baru ini larangan oleh Naib Canselor kita supaya tidak ada label bagi mana-mana calon yang bertanding dan semua calon yang bertanding adalah calon-calon yang diistyriharkan bebas tanpa mana pengaruh anasir luar boleh juga kita katakan suatu perubahan yang positif untuk kita nikmati. Tiada lagi jaminan buat calon-calon untuk bertanding atas bantuan entiti ataupun orang lain kerana penulis percaya dalam PRK baru-baru ini pengundi iaitu mahasiswa sudah tahu untuk menilai potensi yang ada buat semua calon untuk digalas harapan dan suara mereka.

Diharapkan amalan ini diteruskan dalam pilihanraya kampus akan datang untuk menjamin prinsip demokrasi terus subur buat semua mahasiswa untuk mengetangahkan bakat dan potensi kepimpinan mereka tanpa ada sebarang sekatan atau halangan. Penulis percaya, ruang demokrasi dan keadilan sejagat itu boleh dibaik pulih tidak kira dimana kita berada diatas muka bumi ini andainya kita benar-benar komited untuk melihat perubahan. Perubahan yang dimaksudkan oleh penulis adalah perubahan daripada baik kepada lebih baik supaya hasil yang kita peroleh nanti benar-benar terbaik.

Akhir kata, hijrahkan diri kita kearah kebaikan kerana itulah saranan dan tuntutan nabi buat semua umatnya. Jadikan semester ini sebagai satu pelayaran kehidupan yang telah dilalui untuk kita nilai satu persatu demi mencipta perubahan di semester depan bagi mencapai kualiti mahasiswa bitara yang kita impikan. Akhir kata salam cuti semester buat semua dan hayatilah petikan kata-kata pemenang pilihanraya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini iaitu Senator Barrack Hussein Obama:

"Sekiranya anda menyertai saya dalam pertarungan ini, sekiranya anda merasai takdir dan nampak apa yang saya lihat, masa depan yang tidak ada penghujungnya ... jika anda merasai apa yang saya rasa, masa kini menyedarkan kita dari tidur kita dan membaluti perasaan takut kita ...maka saya bersedia untuk bersaing,"

Editor : Janggut Hitam.

Penting! Masalah baju T-Shirt diselesaikan!

Saturday, November 8, 2008


Laporan Pengawal Keselamatan UPSI.

Bitarasiswa 12 Nov – Isu kelewatan pemberian baju T-Shirt PERMAS buat semua ahli yang membeli telah Berjaya diselesaikan oleh pihak Majlis Tertinggi PERMAS dengan pihak pembekal iaitu pihak kilang dan agen yang terlibat. Pihak MT diketuai saudara Abu Haniffa Bin Haris (YDP PERMAS), saudara Eddy Safbree Bin Salim (Exco Kerohanian dan Perpaduan), saudara Ahmad Baihaqi Bin Mohammad Yunus (Exco Penerbitan dan Dokumentasi) dan saudari Syaiha Bin Sulaiman (Setiausaha) telah membuat perjumpaan dengan pihak pembekal dan juga pihak yang terlibat dalam urusan jual beli tersebut di pejabat persatuan semalam. Dalam keputusan mesyuarat secara majoriti MT telah bersetuju dengan sebulat suara untuk meminta bayaran ganti rugi diatas kelewatan dan beberapa faktor lain yang telah berlaku di pihak yang bertanggungjawab dalam masalah ini. Buat makluman ahli, semua keputusan yang di ambil adalah berdasarkan tuntutan dan aduan ahli sebelum ini.

Mengambil kesepakatan bersama, pihak kami telah sepakat untuk menuntut bayaran ganti rugi atas kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh ahli atas kelewatan ini. Perbincangan berlangsung dalam suasana tenang walaupun kadangkala berlaku beberapa ketegangan dalam beberapa isu antara pihak pembekal, kilang dan orang tengah dengan MT yang terlibat. Buat makluman ahli, masalah berkaitan baju ini bukanlah dicetuskan atau secara sengajka ditimbulkan oleh pihak kami di Majlis Tertinggi persatuan, tetapi berpunca daripada pihak kilang dan pembekal itu sendiri. Walaupun pihak kami terpaksa menunggu dari jam 11 malam sehingga 7 pagi untuk perjumpaan dengan pihak yang terlibat, alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan usaha kita bersama pada jam 7 pagi pihak pembekal dan kilang ‘memunculkan’ dirinya selepas suatu tempoh menunggu paling lama pernah kami lalui sepanjang hayat kami. Dalam perjumpaan tersebut, pihak kami telah cuba dengan seupaya yang mungkin untuk menuntut dan memperjuangkan hak anda. setelah mengambil kira beberapa factor dan menghalusi beberapa perkara, pihak pembekal dan kilang bersetuju dan akur untuk bertanggungjawab dalam melangsaikan ganti rugi kepada ahli yang terlibat.

Selepas mesyuarat selama hampir 3 jam, kata putus dicapai iaitu pihak kilang dan pembekal bersetuju untuk membayar sebanyak RM 5 bagi setiap helai baju yang ditempah. Alhamdulillah syukur kami panjatkan buat Ilahi atas kejayaan kami melaksanakan tanggungjawab dan amanah kami buat anda semua. Untuk itu, kami telah menetapkan tarikh dan tempoh masa sehingga hari selasa ini untuk pihak tersebut melunaskan tuntutan ganti rugi tersebut. Buat makluman semua, pihak kilang memaklumkan kain yang dugunakan itu adalah berkualiti walaupun kita meraguinya, kami berharap dengan persetujuan pihak mereka untuk berkompromi dan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin diharapkan semua ahli dapat berpuas hati dalam perkara ini. Sekali lagi, ingin kami tegaskan, masalah kelewatan ini bukanlah disebabkan oleh pengurusan persatuan tetapi disebabkan pihak pembekal dan kilang. Untuk makluman semua, semua kuantiti dan jumlah baju sudah ditunaikan oleh pihak kilang dan kini berada dalam jagaan kami. Pemberian baju akan diberikan secepat mungkin bersama wang ganti rugi tersebut pada tarikh dan waktu yang akan dimaklumkan.

Oleh itu, diharapkan suara-suara sumbang yang mempertikaikan kredibiliti dan tanggungjawab kami yang dipilih dalam menjaga dan memperjuangkan hak anda tidak dipertikaikan dan kedengaran lagi. Usaha dan kejayaan ini adalah maklum balas kami dalam menjaga dan menjalankan tanggungjawab kami terhadap persatuan. Kami tidak menuntut sanjungan atau pujian melangit dalam menjalankan aspirasi persatuan. Tetapi cukuplah diberikan rasa hormat dan kepercayaan kepada kami dalam memperjuangkan kebajikan ahli dan persatuan. Segala kritikan, pandangan dan masalah yang dilalui ini memberi pengajaran dan pengalaman berguna kepada kami dan kita amnya dalam bepersatuan. Teruskan menyokong persatuan dalam menjadikan mahasiswa yang bitara buat aspirasi negara.

TERKINI! Sekitar Perlantikan MPP baru!

Bitarasiswa 11 Nov – Majlis penyerahan watikah perlantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 08/09 selamat berlangsung bertempat di bilik pameran Bitarasiswa malam tadi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Canselor Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob, Timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan Fakulti, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/08, serta kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Dalam majlis tersebut berlangsungnya acara permulaan iaitu penyerahan watikah perlantikan barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 08/09 mengikut komposisi exco yang telah dipersetujui bersama. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan aturcara bacaan ikrar oleh barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 08/09 dengan diketuai Yang Dipertua yang baru iaitu saudara Mohamad Hairie bin Abdullah daripada Fakulti Bahasa yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus baru-baru ini.


Gambar: Naib Cancelor UPSI, Mantan YDP & YDP MPP Sesi 08/09.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dasar oleh saudara Mohamad Hairie bin Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar yang baru. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat pada malam itu iaitu Naib Canselor Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob dan seterusnya penyerahan sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/08 diketuai oleh mantan YDP sebelum ini iaitu saudara Raimi. Seterusnya majlis bersurai.


gambar: Barisan MPP Sesi 08/09

Untuk makluman semua, penulis berkesempatan menyaksikan majlis perlantikan tersebut. Untuk itu, suka kiranya penulis berkongsi beberapa peristiwa menarik dan penting untuk kita kongsi bersama. Pertamanya, sebelum majlis tersebut diadakan, semua calon yang telah berjaya memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini diberi tempoh masa selama beberapa hari untuk berbincang berkenaan komposisi dalam struktur pentadbiran Majlis Perwakilan Pelajar yang baru. Dalam hal ini, telah berlaku beberapa perkara atau masalah berkaitan dengan komposisi pembahagian jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar itu sendiri yang mana melibatkan beberapa jawatan penting untuk diisi. Dalam konteks ini, berlaku pertikaian terhadap ketiadaan Akmal Bin Mahdzir yang memperoleh undian tertinggi dalam pilihanraya kampus baru-baru ini tetapi tidak diberikan jawatan tertinggi mengikut hirerki sesebuah organisasi iaitu YDP, Timb. YDP, Setiausaha, mahupun Bendahari. Namun akhirnya masalah tersebut diselesaikan dengan penuh iltizam dan tanggungjawab yang tinggi daripada semua pihak walaupun bukanlah secara menyeluruh tetapi berdasarkan keputusan undian secara majoriti melebihi minoriti. Untuk itu, suka kiranya penulis melihat kepada ucapan Naib Canselor kita pada malam itu yang berkaitan perkara tersebut.


gambar: Barisan MPP Sesi 08/09

Dalam ucapannya, beliau telah menarik perhatian semua apabila menyentuh berkenaan isu perlantikan MPP yang baru. Menurut beliau, perlantikan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar adalah mengikut Perlembagaan UPSI dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu sendiri. Beliau turut membacakan beberapa perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan dan akta tersebut. Apa yang menarik untuk kita hayati bersama ialah, beliau meminta semua pihak membaca dan memahami perkara yang termaktub dalam Perlembagaan UPSI dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu sendiri. Beliau mengharapkan, perlantikan tersebut dapat diterima dengan penuh hati oleh semua yang terlibat iaitu komposisi jawatan bukanlah sesuatu yang penting untuk dinilai tetapi maksud sebenar sebuah kabinet itu adalah menjurus kepada setiap keputusan adalah berdasarkan kaedah kolektif iaitu secara permuafakatan bersama. Perpaduan dan semangat kerjasama antara ahli adalah perlu diutamakan bagi menjamin kebajikan mahasiswa.


gambar: Mantan MPP bersama TNC HEPA Prof. Shaharuddin.

Selain itu, dalam ucapannya juga, beliau turut memperingatkan perihal tanggungjawab dan kesedaran yang sebenar perlu difahami oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Untuk itu, beliau mengulas ucapan saudara Hairie Bin Abdullah yang menyatakan kebajikan dan suara pelajar adalah menjadi salah satu keutamaan dalam perjuangan MPP baru. Menurut Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob, kebajikan pelajar adalah suatu perkara yang tidak salah untuk diperjuangkan. Tetapi, perlu diingat, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diperjuangkan oleh MPP baru iaitu kualiti akademik dan sahsiah mahasiswa UPSI. Beliau berpendapat, gejala dan sindrom ’suka balik kampung’, pulang ke kampus di ’Morning Monday’, malas ke perpustakaan, dan beberapa perkara lagi perlu diusahakan dan diatasi dengan lebih gigih oleh barisan MPP baru. Menurut beliau, pihak universiti telah berusaha membantu dan memperjuangkan kebajikan para pelajar. Untuk itu, beliau membawakan contoh penginapan pelajar UPSI adalah bertaraf Apartment Unit, berbanding dengan universiti lain. Beliau memberikan perbandingan antara penginapan pelajar di UPSI dan USM Pulau Pinang, iaitu sebuah bilik di UPSI didiami oleh 2 orang pelajar berbanding di USM seramai 4 orang pelajar sebilik.


Gambar: antara Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 08/09.

Menurut beliau, kebajikan dan keselesaan yang diberikan perlulah difikirkan dan seharusnya kualiti pencapaian akademik pelajar perlu seiring kemudahan terbaik yang disediakan. Seterusnya, dalam ucapan dasar YDP MPP baru iaitu saudara Hairie Bin Abdullah, beliau turut membawakan beberapa isu yang mahu diperjuangkan oleh barisan kepimpinan baru seperti perkhidmatan bas ke kampus, kemudahan-kemudahan pelajar, pinjaman biasiswa dan sebagainya. disamping itu juga, beliau bertegas untuk menjaga dan membawakan suara dan pendapat mahasiswa untuk didengari dan dipandang enteng buat pihak berwajib. Namun, apa yang menarik perhatian penulis adalah, semangat dan janji beliau dalam membuktikan kemampuannya untuk memimpin barisan exco yang baru untuk bekerja secara kolektif. Dalam ucapannya, beliau ada menyatakan berkaitan aspek perjuangan, misi dan visi barisan kepimpinan baru untuk direalisasikan. Dalam hal ini, selepas beberapa masalah dan pertikaian yang berlaku, disinilah kematangan, daya kepimpinan, dan kebijaksanaan beliau selaku pemimpin nombor satu mahasiswa diuji untuk mewujudkan satu kepimpinan yang benar-benar bersifat kumpulan dan kolektif demi kabaikan semua. Dalam hal ini, penulis percaya, seorang pemimpin yang baik salah satu ciri yang perlu ada padanya adalah menyatupadukan barisan kepimpinannya.


gambar: Barisan kepimpinan baru MPP.

Penulis menggambarkan, harapan yang begitu tinggi oleh semua mahasiswa UPSI untuk melihat barisan pemimpin yang mereka pilih ini mampu menterjemahkan undi sokongan mereka itu dalam bentuk perkhidmatan yang cemerlang, manfaat yang boleh dinikmati semua, dan sudah tentu hak-hak dan suara mahasiswa dapat dibela dan diperjuangkan. Adalah mustahil untuk suatu organisasi itu berkembang dengan sebaiknya seandainya cara kerja, matlamat, dan kata putus terhadap sesuatu perkara tidak boleh dicapai dalam suasana kolektif. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab buat semua barisan kepimpinan yang telah dipilih untuk memikirkan bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk diambil bagi menajadikan MPP sebagai sebuah entiti yang benar-benar memperjuangkan kebajikan dan suara mahasiswa. Semua mahasiswa UPSI penulis percaya, mahukan kepimpinan baru ini dapat melakukan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang disamping benar-benar berfungsi sebagai entiti atau payung buat kebajikan dan suara pelajar. Selain itu, pihak kami di Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Sejarah merakamkan ucapan tahniah buat dua wakil daripada mahasiswa Sejarah iaitu saudara Mohammad Asree Bin Abd Aziz dan saudari Adriyanie Binti Yamin dan juga buat semua barisan kepimpinan MPP sesi 08/09 atas perlantikan anda dalam barisan kepimpinan MPP yang baru. Tunaikan amanah dan harapan rakan-rakan dalam memperjuangkan dan membantu mahasiswa Sejarah khususnya dan semua mahasiswa UPSI amnya.


gambar: Adriyanie Bt Yamin & Muhammad Asree Bin Abd Aziz (Wakil FSSK)

Buat akhirnya, suka kiranya penulis melontarkan cadangan agar pemilihan bagi exco dan juga jawatan tertinggi dalam struktur organisasi Majlis Perwakilan Pelajar dapat dijalankan secara yang labih bersistematik dan saksama. cadangan yang dikemukakan ini bermaksud untuk mengelakkan masalah dan peristiwa sebelum ini tidak berulang kembali. Dalam hal ini, penulis berpendapat, kriteria seperti senioriti atau umur, daya kepimpinan, suara majoriti, karisma dan logik dapat digunapakai bagi pemilihan seseorang pemimpin. Seseorang pemimpin itu hakimnya adalah warga dibawahnya dengan kata lain, mahasiswa UPSI adalah hakim kepada pemimpin di Majlis Perwakilan Pelajar. Keputusan mahasiswa boleh juga kita katakan diterjemahkan dalam bentuk jumlah undian, dan dalam keputusan penghakimannya warga mahasiswa UPSI telah membuat keputusan memilih anda. Dalam hal ini, seseorang pemimpin yang baik itu bukanlah didasarkan atas ciri-ciri personaliti atau perkara kosmetik sahaja tetapi perlu ada nilai-nilai integriti, ketelusan, keikhlasan, jujur, amanah, adil, bertolak ansur sebagai imej atau identiti wajib buat seorang pemimpin untuk memimpin. Laksanakanlah amanah yang diberi sebaik mungkin, tingkatkan prestasi jauhkan kontroversi. Sebagai penutup marilah kita hayati petikan artikel daripada jurulatih Kelab Debat UPSI iaitu saudara Yusfarizal Bin Yusoff,

Sewaktu Razali (nama sebenar) berada diusia kanak-kanak, Razali seringkali bergaduh (baca: buli) dengan adik lelakinya yang umurnya 4 tahun lebih muda daripadanya. Apabila bergaduh, adiknya seringkali mengadu kepada ibu dan berkata “Ibu, tengoklah abang ni, dia buat adik”. Sejurus selepas aduan tersebut, maka betis dan juga punggung Razali akan berbirat dihinggap oleh hayunan rotan kecil atau kepala talipinggang. Selalunya Razali yang kena. Tidak kira sama ada Razali yang memulakan pergaduhan atau adiknya yang cuba menyiram minyak keatas api. Prinsip ibu Razali mudah, kalau bergaduh, ia tentu salah Razali, dan bukan adik Razali kerana Razali adalah yang tua, yang seharusnya mengalah.
Sudah semestinya Razali sentiasa tidak berpuas hati. Acapkali juga Razali mempertikaikan tindakan ibu, dengan menghukum tanpa usul periksa, dan yang lebih mengecewakan tanpa memberikan peluang untuk didengar. Kalau adapun penjelasan daripada Razali yang didengar, ia hanya semata-mata didengar tanpa ada apa-apa tindakbalas susulan. Pendek kata, salah siapa sekalipun, Razali tetap dipukul.

Seorang pemain bolasepak bernama Rizal mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan setelah gol yang dijaringkan dibatalkan atas alasan “offside”. Beliau bersungguh mempertahankan bahawa kedudukannya tidak “offside” walaupun pengadil utama dan kedua-dua penjaga garisan menyatakannya “offside”. Beliau tetap dengan pendiriannya membantah keputusan sehingga pengadil terpaksa mengenakan kad kuning kepadanya. Setelah tamat perlawanan, Rizal menonton semula video perlawanan dan mendapati sememangnya beliau berada dalam keadaan “offside”. Ketika itu barulah Rizal sedar bahawa bantahan beliau ketika perlawanan adalah satu kesilapan, kerana Rizal bukanlah orang yang layak menentukan sama ada dirinya bersalah atau tidak. Yang berhak menentukannya adalah pengadil yang telah dilantik atas persetujuan bersama, yang tidak berpihak kepada mana-mana pasukan.

Senario diatas adalah lumrah biasa dalam kehidupan. Pasti anda juga biasa menghadapi perkara-perkara tersebut dalam hidup. Ya, benar. Ia semakin berleluasa. Acapkali kita menghukum tanpa usul periksa dan acapkali juga kita menghukum keatas tindakan kita sendiri, tanpa merujuk atau memberi peluang kepada orang lain untuk menghakimi kita. Tatkala itulah kita lupa bahawa kita sebenarnya telah melakukan sesuatu diluar batas keadilan semulajadi. Prinsip keadilan semulajadi berlandaskan Undang-Undang Kelaziman (Common Law) yang disedut daripada sistem kehakiman Westminster telah menggariskan 2 prinsip utama iaitu Audi Alteram Partem dan Nemo Judex In Causa Sua. Audi Alteram Partem bermaksud seseorang mestilah diberikan hak untuk didengar, manakala Nemo Judex in Causa Sua bermaksud, seseorang tidak boleh menjadi hakim/menghakimi perkara berkaitan dirinya sendiri.

Jadi, amat benarlah ketidakpuasan hati Razali terhadap ibunya, kerana tiada prinsip keadilan semulajadi dalam tindakan ibu. Razali tidak pernah diberikan hak untuk didengar dan dalam semua keadaan, adiknya pula yang menjadi hakim kepada pergaduhan tersebut sementara ibunya sebagai algojo. Amat benar juga penyesalan Rizal kerana beliau bukanlah orang yang layak menghakimi dirinya sendiri dalam sesuatu perlawanan bolasepak.



Berikut merupakan barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sESI 08/09:

Yang DiPertua : Mohamad Hairie bin Abdullah (FB-menang tanpa bertanding)

Timbalan Yang DiPertua : Nor ‘Ain Bt. A. Razak (umum-4011 undi)

Naib Yang Dipertua : Syaiffuldin bin Mohamad (FPE-315 undi)

Setiausaha Agung : Mohd Razik bin Khalid (FTMK-164 undi)

Pen. Setiausaha Agung : Muzaitul Akmar bin Mohammad (FTMK-159 undi)

Bendahari : Muhammad Asree bin Abd Aziz (FSSK-1276 undi)

Pen. Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (umum-3729 undi)

Exco Ekonomi & Keusahawanan : Mohd Fitri bin Amil(FSKPM-544 undi), Nurul Illyana bt Mohamad((FPE-244 undi)

Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa : Lee Sun ju(etnik cina-menang tanpa bertanding), Punethan(etnik india-menang tanpa bertanding)

Exco Sukan & Rekreasi : Mohd Nor Faiz bin Mat Ali(FSS-menang tanpa bertanding), Siti Nor Hazliza binti Rosli(FSS-menang tanpa bertanding)

Exco Penerbitan & Informasi : Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi(FSM-menang tanpa bertanding), Siti Khairiah binti Jajuli (FB-menang tanpa bertanding)

Exco Perpaduan & Integrasi : Armadi bin Derus(etnik Sabah-103 undi), Bornifes(etnik Sarawak-49 undi)

Exco Kesenian & Kebudayaan : Norhisham bin Che Hamid (FSM-menang tanpa bertanding), Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman(FST-1389 undi)

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor(FSKPM-483 undi), Adriyani binti Yamin(FSSK- 906 undi)

Exco Akademik & Kerjaya : Arif bin Mohamad(umum-3757 undi), Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof(umum-3532 undi)

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah : Akmal bin Madzir(umum-4124 undi), Norhafizawati binti Mahmad Rozali(FST-1055 undi)

Editor: Janggut Hitam.

PENANGGUHAN SERAHAN T-SHIRT PERMAS

Thursday, October 30, 2008



ABU HANIFAH HARIS
ASSALAMIALAIKUM W.B.T.....

Saya selaku Presiden PERMAS dan secara tidak langsung mewakili kepimpinan PERMAS di sini ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua ahli PERMAS yang telah menempah baju di atas kelewatan penyerahan t-shirt PERMAS yang sepatutnya diperolehi pada minnggu ini. Semua ini berpunca daripada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum itu, saya memohon jasa baik kalian semua yang telah menempah t-shirt dan belum memperolehinya agar sedia untuk berlapang dada dan bertenang seketika. Apa yang lebih penting, sekarang bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan sesiapa tetapi yang lebih penting ialah sikap saling bekerjasama bagi menyelesaikan isu ini agar tidak menjadi lebih 'parah' lagi.

Untuk pengetahuan semua, masalah ini sebenarnya berpunca daripada pihak kilang yang kekurangan tenaga kerja di mana kebanyakan pekerja yang terdiri daripada pekerja asing telahpun menghilang diri akibat serbuan pihak KASTAM sejak 2 minggu yang lalu. Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakan sektor perkilangan kini banyak yang mengambil pekerja asing akibat kesukaran mendapatkan tenaga kerja tempatan. Akibatnya, kerja-kerja menyiapkan tempahan telah tertangguh sehingga tuan kilang sendiri terpaksa 'turun padang' untuk menjahit sendiri tempahan-tempahan tersebut. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa punca sebenar masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan pihak kilang untuk mendapatkan tenaga kerja bagi menyiapkan kesemua tempahan t-shirt tersebut pada masa yang telah ditetapkan.

Namun begitu, ia bukan bermakna pihak PERMAS ingin berlepas tangan dan langsung tidak mahu bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini kerana mahu tak mahu, pihak PERMAS sendiri sebenarnya sudahpun 'terseret' sama ke dalam masalah ini walaupun hanya menjadi 'orang tengah' antara pihak pembekal dan kilang. Untuk pengetahuan semua, pihak PERMAS sendiri sentiasa melakukan 'follow-up' saban minggu bagi memastikan kesemua tempahan dapat disiapkan segera mengikut perancangan. Malahan saya sendiri tanpa jemu sentiasa menghubungi pembekal bagi mnegetahui status sebenar tempahan tersebut. Tetapi apakan daya, kuasa tuhan itu mengatasi segalanya.

Sebagai seorang mahasiswa bitara yang mempunyai sifat timbang rasa dan belas kasihan, saya percaya kalian semua dapat berfikir secara rasional dan matang berkenaan masalah ini. Oleh yang demikian, diharap kalian semua dapat bersabar kerana t-shirt tersebut tidak akan ke mana-mana; yang membezakannya hanyalah cepat atau lambat memperolehinya sahaja. Apa yang lebih penting, tumpukan dahulu kepada peperiksaan akhir semester yang lebih menjamin masa depan kalian.

Hasil perbincangan dengan pihak pembekal, beliau telah memberikan jaminan bahawa t-shirt tersebut akan diberikan selewat-lewatnya hari jumaat depan. Namun begitu jika tempahan dapat disiapkan lebih awal, maka beliau sendiri akan datang seawal yang mungkin untuk menyerahkannya kepada pihak PERMAS seterusnya dapat diserahkan pula kepada para pelajar. Itulah 'janji' pihak pembekal kepada kami. Oleh yang demikian, pemberian t-shirt akan dijalankan pada jumaat malam di minggu hadapan berdasarkan 'janji' yang telah diberikan oleh pihak pembekal.

Oleh yang demikan, saya sekali lagi menyusun 10 jari memohon kemaafan daripada anda semua kerana tidak dapat mengotakan janji saya untuk mengedarkan semua tempahan t-shirt pada minggu ini juga disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya tahu dan sedar, mereka yang gagal menunaikan janji memang layak untuk digelar "munafiq" (Na'uzubillahi Min Zaalik!). Percayalah, jika saya sendiri boleh menjahit dan mencetak baju-baju tersebut, maka saya pasti akan turut sama membantu untuk menyiapkan kesemua tempahan tersebut agar semua pihak dapat memperolehi t-shirt tersebut pada masa yang telah dijanjikan.

Kepada adik-adik junior yang banyak membantu PERMAS dalam menyelesaikan masalah ini dan memahami situasi sebenar yang sedang kami hadapi, sekalung penghargaan kepada kalian semua. Bagi semua MT yang telah banyak berkorban pula, hanya tuhan yang dapat membalas jasa kalian semua (Insyaallah). Buat kawan-kawan semua yang telah banyak 'bersabar' pula, ingatlah bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar. Akhir kata, salam kemaafan daripada saya mewakili pihak PERMAS buat kalian semua di atas kelewatan dan penangguhan serahan tempahan t-shirt tersebut

"Salam Kemaafan & Selamat Menjalani Peperiksaan"


Yanng benar,

ABU HANIFAH HARIS
..................
Presiden PERMAS Sesi 2008/09

BARISAN MT PERMAS 08/09

Tuesday, October 28, 2008

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan organisasi dan struktur pentadbiran PERMAS Sesi 08/09 anda boleh mengunjungi blog MT Permas di pautan Kenali Biro Anda. Wassalam.

ANNUAL DINNER SEMESTER 7!!

Saturday, October 25, 2008


Gambar: Tenaga Kerja Annual Dinner Semester Tujuh.


Gambar: Tetamu yang diraikan, Mahasiswa/wi Sejarah Semester Tujuh.


Gambar: Kakak-kakak Semester Tujuh.


Gambar: Abang-abang Semester Tujuh.


Gambar: En. Kamal selaku penasihat PERMAS.

Dewan Seri Tanjung 24 Okt - Annual Dinner bagi meraikan pelajar Semester tujuh telah selamat dijayakan bertempat di Dewan Seri Tanjung UPSI. Jamuan ini merupakan antara program atau aktiviti wajib persatuan bertujuan untuk meraikan abang-abang dan kakak-kakak di semester tujuh yang akan meninggalkan alam kampus buat sementara waktu sebelum meneruskan praktikum di sekolah-sekolah yang telah dipilih. Program kali ini dikendalikan oleh pelajar bagi semester lima diketuai oleh YDP PERMAS 08/09 iaitu saudara Abu Haniffa Bin Hanif. Majlis pada malam ini dihadiri oleh Penasihat PERMAS yang juga merangkap pensyarah bagi subjek Sejarah iaitu Encik Kamal. Buat semua abang-abang dan kakak-kakak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini, kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana memberi sokongan terhadap program anjuran persatuan. Terlebih dahulu, tidak lupa juga untuk kami hulurkan ucapan ribuan kemaafan seandainya majlis pada malam ini mempunyai sebarang kesilapan ataupun kekurangan. Namun, kita harus percaya akan tujuan sebenar kita menganjurkan program ini adalah untuk meraikan dan juga meningkatkan silaturahim anatara kita semua. Akhir kata daripada kami, selamat maju jaya dan kami doakan anda semua berjaya menjalankan praktikum dengan jayanya. Wassalam.

Editor: Zu Kebaya.

SELAMAT BERJUANG!!!

KHAR - Selamat berjuang buat semua warga PERMAS dalam menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Marilah kita berganding bahu dalam mencipta sejarah sebagai Fakulti yang paling ramai melahirkan pelajar yang layak menerima anugerah dekan. Akantetapi, bukan status dan populariti yang kita cari, tetapi keputusan cemerlang buat bekalan kita dalam menggapai kejayaan sebenar iaitu status guru. hindarkanlah gejala kecurangan akademik kerana keberkatan ilmu itu adalah penting buat masa depan kita. jika hari ini kita berjaya atas cara penipuan, maka itulah hasil yang kita akan perolihi iaitu rezeki yang haram hasil daripada sumber yang tidak halal tadi iaitu kejayaan hasil daripada kecurangan akademik. akhir kata daripada kami di pihak MT PERMAS 08/09 ingin merakamkan ucapan selamat berjuang buat semua warga PERMAS dan tak lupa, ucapan jutaan terima kasih buat semua pensyarah yang telah bertungkus lumus dalam mengajar kami sebagai waris tenaga pengajar anak bangsa nanti. Wassalam.

Editor: Meriam Buluh.

TAHNIAH BUAT BARISAN MPP BARU!!!


Wakil FSSK : Adriyani Bt Yamin (906 undi) Wakil FSSK: Muhammad Asree Bin Abdul Aziz (1276 Undi)





Dewan SITC - Pilihan raya kampus bagi tahun ini telah selamat dijalankan. Bagi pemilihan kali ini, persaingan sengit berlaku bagi merebut jalan ke Bitarasiswa. Dalam pertandingan ini memperlihatkan beberapa kejutan telah berlaku atas kemenangan beberapa calon yang bertanding. Apa yang menarik untuk kita kongsi bersama selaku keluarga PERMAS adalah, kedua-dua orang calon daripada Program Pendidikan Sejarah iaitu saudara Mohd Asree bin Abd Aziz dan saudari Adriyani Binti Yamin telah berjaya mengisi dua kerusi mewakili Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan dalam barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 08/09. Sekalung ucapan tahniah daripada kami warga PERMAS UPSI dan juga daripada Majlis Tertinggi PERMAS 08/09 buat kedua-dua orang mahasiswa/wi yang juga merupakan ahli berdaftar bagi persatuan PERMAS atas kejayaan tersebut. Gunakanlah peluang yang diberikan buat anda oleh warga FSSK untuk kebaikan bersama. Tunaikanlah amanah yang terpikul dibahu anda demi kebajikan kami semua. Dalam tak sedar, anda juga membawa nama Program Pendidikan Sejarah untuk dinilai hasil kerja dan usaha anda. Kejayaan anda amat membanggakan kami semua dan diharapkan dengan kemengangan anda berdua ini mampu memantapkan lagi persatuan kita untuk memainkan peranan yang lebih efektif sesuai dengan imej kita sebagai seorang yang mahir akan sejarah. Akhir kata, selamat maju jaya.
Berikut adalah senarai nama calon-calon yang bertanding beserta undian yang diperolehi:

Kerusi Umum
1.Akmal bin Madzir (4124)
2.Nor ‘Ain Bt A. Razak (4011)
3.Arif bin Mohamad (3757)
4.Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (3729)
5.Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff (3532)
6.Abdul Rashid bin Husain (3425)
7.Azmi bin Mohamad Sofian (3075)
8.Nabila Soraya Hani Binti Mohd Ayob (3046)
9.Wan Nasron bin Wan Mohd Nasir (2979)
10.Nazira binti Jiat (2645)
11.Munirah binti Ab Wahab (2372)

Kerusi Fakulti Perniagaan & Ekonomi
1.Syaiffuldin Bin Mohamad (315)
2.Nurul Illyana Binti Mohamad (244)
3.Nor Rasyidah Binti Mohd Rasid (201)
4.Engku Mohamad Fakhrudin Bin Engku Alwi (195)
5.Mohd Azizi bin Sitam (123)

Kerusi Fakulti Sains & Teknologi
1.Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (1389)
2.Norhafizawati Bt Mahmad Rozali (1055)
3.Noor Sa’adah Binti Haji Jailani (708)
4.Mahfuzah Binti Md Nazimuddin (650)

Kerusi Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia
1.Mohd Fitri Bin Amil (544)
2.Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor (483)
3.Nor Afiti binti Mohd Basri (440)
4.Yuniza Binti Ab Jusoh (412)
5.Nurul Iman binti Amirudin (330)
6.Nurul Ain Nabihan Binti Basharludin (269)

Kerusi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
1.Muhammad Asree Bin Abdul Aziz (1276)
2.Adriyani Binti Yamin (906)
3.Mastura Binti Abdul Ghani (744)

Kerusi Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi
1.Mohd Razik bin Khalid (164)
2.Muzaitul Akmar Binti Mohammad (159)
3.Suhainizam Bin Sharif (153)


Editor : BISA TERSUSUN.

KITA JUARA!!!!!



Dewan Seri Tanjung 22 Okt - Pertandingan Debat Pencegahan Rasuah yang berlangsung di KHAR bagi peringkat saringan melibatkan 6 kumpulan dan perlawanan akhir melibatkan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan dan Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia telah selamat dijayakan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah UPSI diketuai oleh saudara Faizi Zachrie. Bagi pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan ini menampakkan dominasi yang ketara oleh pasukan yang mewakili Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan. Buktinya adalah daripada empat pasukan yang layak bertanding di pentas separuh akhir, tiga daripadanya adalah daripada pasukan FSSK. Bagi pertandingan kali ini, pasukan FSSK 1 diwakili oleh Syahira, Rasminie & Nadia Fitriyana, pasukan FSSK 2 pula diwakili oleh Mustaqim, Suhaimi & Norizan manakala pasukan FSSK 3 pula diwakili oleh Encik Baihaqi, Azha & Eddy Safbree. Apa yang membanggakan kita adalah semua peserta yang terlibat merupakan pelajar daripada Jurusan Pendidikan Sejarah seterusnya merupakan ahli berdaftar bagi kelab PERMAS ini.




Dalam peringkat saringan berdasarkan format liga, pasukan FSSK 3 menduduki ranking pertama diikuti pasukan FSSK 2 manakala FSSK 1 ditempat keempat. Untuk perlawanan separuh akhir, pasukan FSSK 1 yang diketuai oleh saudari Syahira telah diundi bertemu pasukan FSSK 3 yang diketuai oleh saudara Eddy Safbree. Keputusannya, pasukan FSSK 1 menang dengan margin tipis keatas pasukan FSSK 3 iaitu dengan margin sebanyak 0.49, dan pendebat terbaik disandang oleh saudara Baihaqi daripada pasukan FSSK 3. Manakala bagi merebut satu tempat lagi ke kerusi perlawanan akhir menyaksikan pertembungan antara pasukan FSKPM 1 dengan pasukan FSSK 2 yang dianggotai oleh pelajar Jurusan Pendidikan Sejarah bagi semester 1. Keputusannya telah dimenangi oleh pasukan FSKPM 1 dengan jumlah marginnya sebanyak 2.0 dan pendebat terbaik jatuh kepada saudari Syahida Nalini daripada pasukan FSKP 1. Maka jalan ke perlawanan akhir sahlah milik pasukan FSSK 1 dan FSKPM 1. bagi perlawanan akhir ini telah dijalankan di Dewan Seri Tanjung dan dihadiri oleh Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Madya Dr. Shaharuddin Abd Aziz.



Dewan Seri Tanjung menyaksikan hadirin penuh sesak memenuhi setiap penjuru dewan bagi menyaksikan pertandingan tersebut. Tetamu khas yang adalah pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi pihak BPR pula diwakili oleh wakil masing-masing. Usul bagi pertandingan akhir bertajuk Rasuah Di Malaysia: Kita Sudah Berjaya. Peserta pertandingan akhir terdiri daripada tiga orang serikandi yang mewakili pasukan FSSK 1 iaitu saudari Syahira, Rasmini dan Nadia Fitriyana. manakala pasukan FSKPM 1 pula terdiri daripada saudara Ahmad Radzi, Faizal dan Syahida Nalini iaitu ketiga-tiganya daripada Jurusan Pendidikan Kaunseling.



Untuk makluman semua, Johan akan menerima hadiah sebanyak RM 500.00, Naib Johan RM 300.00, Ketiga & Keempat RM 100.00 beserta Sijil dan Trofi. Keputusannya adalah seperti berikut:

Johan: Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 1
(Syahira, Rasmini, Nadia Fitriyana)

Naib Johan: Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia 1
(Ahmad Radzi, Faizal, Syahida Nalini)

Ketiga: Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 3
(Ahmad Baihaqi, Azha, Eddy Safbree)

Keempat: Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 2
(Mustakim, Suhaimi, Norizan)

Pendebat Terbaik Akhir: Nadia Fitriyana (FSSK1)

Editor: Kalam Maya.

PILIHAN WARNA BAJU KORPORAT PERMAS!

Tuesday, October 21, 2008

PILIHAN A


PILIHAN B


PILIHAN C


PILIHAN D


Assalamualaikum buat semua....pilihan baju korporat PERMAS ini akan dilakukan secara tinjauan di laman blog ini....sila pilih pilihan warna baju di ruangan tepi dalam ruangan tinjauan pendapat. kerjasama anda amat diperlukan. dalam soal pemilihan warna baju korporat persatuan, pihak MT akan mengikut keputusan bancian berdasarkan pilihan anda di laman ini. diharapkan anda boleh menerima setiap keputusan berdasarkan majoriti melebihi minoriti. Sebelum itu, ingin ditegaskan, baju korporat PERMAS akan diwajibkan kepada semester 1,2 dan 3. manakala mana-mana pihak daripada semester 5 atau 7 yang berminat amat dialu-alukan sokongan anda. warna adalah seragam mengikut setiap semester. Selain itu

, bagi mahasiswi baju lengan panjang adalah pilihan buat anda. jika anda memilih baju yang ada warna putih...usah risau berkenaan isu menampakkan bentuk badan kerana kain bagi baju korporat adalah tebal dan tidak nipis. sebarang maklum balas atau pandangan sila berikan diruangan interaksi anda. Demokrasi adalah pilihan utama kita. terus maju dan membangun bersama PERMAS.

Editor; Baehaqie

MAJLIS BERBUKA PUASA 08

Thursday, October 9, 2008

">
Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke Majlis Berbuka Puasa Perdana PERMAS pada 19 September 2008 yang lalu di Cafe dan Bilik Pameran Bitara Siswa. Majlis ini merupakan kali pertama yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa/i Sejarah (PERMAS)dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris. jutaan terima kasih juga ditujukan khas terutama kepada penceramah yang diundang khas iaitu Uztas Anhar Bin Opir. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada dua orang pensyarah iaitu En. Muhamad Kamal Bin Kamarudin dan Cik Siti Zahrah Bt Mahfood. Begitu juga kepada semua ahli Persatuan PERMAS yang juga sudi meluangkan masa bersama-sama menyemarakkan lagi majlis ini. Kepada semua AJK majlis ini juga tidak dilupakan atas jasa dan pengorbanan bagi menjayakan majlis ini. segulung penghargaan diberikan kepada semua yang terlibat. Ramadhan Al mubarak. Wassalam..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H

Thursday, September 25, 2008



Pihak PERMAS Ingin Mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN" Kepada Semua Ahli PERMAS...

Berhati-hati Di Jalan Raya & Semoga Selamat Sampai Ke Destinasi Yang Dituju...

MENJELAJAH KHAZANAH DI MELAKA

Thursday, September 11, 2008




Tempahan T-Shirt PERMAS

Kepada ahli PERMAS yang telah menempah T-Shirt, InsyaAllah tempahan anda akan siap selewat-selewatnya sebelum study week. Kesulitan ini timbul disebabkan pihak PERMAS terpaksa berurusan dengan pihak ketiga & bukan terus dengan pihak kilang. Segala kesulitan amat dikesali oleh pihak PERMAS. Harap Maklum

Sekitar Lawatan Ke Port Dickson

Sunday, September 7, 2008










MAKLUMAT AKAN DITAMBAH.......