Pages

Hari Keluarga PERMAS Sesi 2009/2010

Tuesday, March 30, 2010


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQi4TTph9f8aeu0qjpZHAcvEN9x9c4BUxT5od1HuzM7EXurRIOa2IymUkq2o6EBbIJbZDAXvLYI9TJ0Vee2bA0cXf18VPcT5qJzgtnc_44K2M0-fwa4r_W_O_-pRQXxVcLlSgMP4nroWM/s320/bismi4.gif

Salam alayk & bonjour

Di tepian kali bertaaruf mesra
Indah terasa ukhuwwah nan erat
Keluarga PERMAS dikemudi ibarat bahtera
Belayar di samudera menuju sepakat.


 Perhatian dan makluman kepada seluruh mahasiswa/i PERMAS: 


         M E M O
                             PERSATUAN MAHASISWA SEJARAH (PERMAS)    
           

Kepada
:
Ahli Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS)


 

Daripada
:
Naib Setiausaha Persatuan Mahasiswa Sejarah



Rujukan
:
UPSI/ FSSK/PERMAS/09-10/05(06)



Tarikh
:
30 Mac 2010


15 Rabiulakhir 1431


Saudara/i,

MAKLUMAN TENTANG HARI KELUARGA PERMAS SESI 2009/2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Keluarga PERMAS Sesi 2009/2010 akan diadakan pada:


            Tarikh             : 3 April 2010
             Masa               : 8 Pagi
            Tempat           : DST dan Padang UPSI

3.         Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan termasuklah pertandingan bola jaring, futsal, sukaneka dan sebagainya. Pendaftaran kedatangan dan pembayaran yuran sebanyak RM3 boleh dibuat kepada wakil sem (MT) masing-masing selewat-lewatnya pada hari jumaat (2 Mac 2010).

         4.         Kedatangan saudara/i adalah amat dialu-alukan demi mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa/i program Pendidikan Sejarah. Segala kerjasama di pihak saudara/i didahului dengan ucapan terima kasih.



Yang menjalankan tugas,



Naib Setiausaha Agung
Persatuan Mahasiswa Sejarah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sesi 2009/2010
s.k.         
                YDP PERMAS
                Fail

Jazakumullahu khairan kathira:)
























Sekitar Kajian Lapangan Gunung Seyum (Semester 2)

Friday, March 12, 2010













Pada 5 hingga 7 Februari, pelajar semester 2 telah mengadakan satu projek Kajian Lapangan Di Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang. Peserta yang mengikuti program ini dianggarkan seramai 180 orang. Para pensyarah yang turut serta dalam program ini ialah En. Ahmad Zainudin, En. Yunus Suman, Cik Siti Zaharah dan juga Cik Rabaah.

Beberapa lokasi kajian telah dilawati antaranya seperti Gunung Jeak Puyuh, Gua Terang Bulan, Gua Kolam 7 dan banyka gua lagi telah peserta proram lawati. Perkara yang diharapkan, dengan adanya program-program seperti akan menjadi platform kepada mahasiswa/wi untuk mendapat pendedahan dari aspek tinggalan sejarah dan arkeologi.

Guru patut bergilir ke luar bandar

Thursday, March 11, 2010

KUALA LUMPUR 8 Mac - Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng hari ini.Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya.

Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.
"Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja guru berkenaan ditempatkan untuk mengajar di kawasan luar bandar, mereka dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun lamanya," katanya.
"Ini yang kami mahu elakkan dan akan menggesa Kementerian Pelajaran merumuskan sistem giliran yang adil dan saksama di mana semua guru baru diberi peluang mengajar di sekolah di luar bandar," katanya.
Katanya, NUTP yang mewakili 160,000 guru "menyokong penuh langkah kerajaan untuk mewajibkan guru baru ditempatkan di sekolah luar bandar."

Bagaimanapun, kesatuan itu berharap kementerian akan membincangkan butiran terperinci mengenai cadangan itu dengan pelbagai wakil dan persatuan guru.
Minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedang menimbangkan untuk mewajibkan guru mengajar sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun di sekolah luar bandar dan pedalaman.
Kerajaan menawarkan ganjaran dan insentif lain untuk menarik guru supaya mengajar di kawasan luar bandar.
Pada ketika ini, guru yang mengajar di luar bandar dibayar elaun bertugas di pedalaman antara RM500 hingga RM1,500. - Bernama

PENYERAHAN BAJU KORPORAT SEMESTER 2

Thursday, March 4, 2010

 

GURU MUNGKIN WAJIB BERKHIDMAT DI PEDALAMAN

Tuesday, March 2, 2010

Guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya langkah itu penting bagi mengatasi masalah guru di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif sebagai galakan.

PERMOHONAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

Kepada sesiapa yang kematian ibu atau
bapa, anda boleh membuat PERMOHONAN KHAIRAT KEMATIAN melalui Naib
Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2009/2010. Anda bolehmendapatkan borang permohonan di Bilik Majlis Perwakilan Pelajar,Tingkat 1, Bitarasiswa daripada Naib Bendahari ...MPP. Sekian, Terima Kasih.

TAHNIAH

Tuesday, February 23, 2010


Pilihan Raya Kampus baru sahaja berlalu. Seluruh warga PERMAS ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan dua orang mantan Majlis tertinggi PERMAS iaitu saudara Samuel Sila Matheuw Unjah dan Saudari Shaiha Sulaiman yang telah menempa kejayaan dalam pilihan raya baru-baru ini. Warga PERMAS berharap dengan kejayaan saudara Samuel dan saudari Shaiha akan menjadi batu loncatan kepada PERMAS untuk terus menempa kejayaan pada masa hadapan. Saudari Shaiha telah diwatikahkan sebagai Timbalan Yang Dipertu MPP UPSI dan saudara Samuel memegang jawatan sebagai EXCO Perpaduan dan Integrasi. Tahniah sekali lagi dari seluruh warga PERMAS. Selamat maju jaya.

selamat bercuti

Wednesday, February 10, 2010

majlis tertinggi permas dengan banganya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua ahli Permas dan juga mahasiswa/i UPSI....kepada saudara/i dan rakan-rakan yang berbangsa Cina, Selamat Tahun Baru Cina di Ucapkan.

seterusnya, amat mendukacitakan kerana terdapat masalah untuk meng update blog permas.

seterusnya selamat bercuti dan selamat tahun baru cina...............

MAJLIS MAKAN MALAM PELAJAR SEMESTER 7

Saturday, October 24, 2009

Sungai Klah Hot Spring, 24 okt 2009 - Pelajar pendidikan sejarah semester 7 pendidikan sejarah UPSI telah diraikan pada majlis makan malam yang diadakan di Singai Klah Hot Spring Resort. majlis bermula kira-kira jam 8.00 malam turut dihadiri oleh Penyelaras jabatan sejarah FSSK, UPSI, En. Ahmad Zainiddun Husin, Penasihat PERMAS, En. Mohd Kamal Kamaruddin, Cik Siti Zaharah Mahfood, Cik rabaah, dan Pn. Wan Noorlizawati bt. Wan Mat Ali.


Dalam majlis tersebut tersebut En. Ahmad Zainudin memberi sentuhan semangat dan nasihat kepada pelajar semester 7 yang akan menjalani praktikal pada semester depan. Dalam majlis itu juga beberapa anugerah telah disampaikan kepada pelajar semester 7. Antaranya ialah anugerah akademik yang berjaya disandang oleh Abu Hanifah B. Haris.


Majlis makan malam yang diadakan untuk pelajar semseter 7 pada kali ini berbeza sedikit daripada majlis-majlis yang pernah diadakan pada semester-semester yang lepas. sebelum bermulanya majlis pada malam tersebut, pelajar semseter 7 yang diraikan perlu melakukan aktivit mencari harta karun.

Pada akhir majlis, pelajar semester 7 bersalam-salaman dengan semua pensyarah yang hadir dan mengambil gambar kenangan-kenangan bersama pensyarah. selain itu, mereka turut diraikan oleh ajk pelaksana program makan malam tersebut dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh AJK pelaksana.



Bergambar kenangan bersama pensyarah
Barisan AJK pelaksana majlis
Pelajar semester 7 bersalaman dengan pensyarah pada akhir majlis




















MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

Friday, October 23, 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa, Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) dan Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, akan mengadakan Majlis Anugerah Dekan seperti pada maklumat di bawah :

Tempat : Auditorium Utama (UPSI)
Tarikh : 29 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam

PELAJAR PENDIDIKAN SEJARAH DAN PELAJAR PENGAJIAN MALAYSIA YANG MENDAPAT PNGS 3.5 DAN KEATAS UNTUK TAHUN PENGAJIAN SEMESTER 1 & 2 2008/09 PERLU MENANDATANGAI KEHADIRAN MASING2 DI PEJABAT PENTABIRAN FSSK.

SELAMAT HARI RAYA

Friday, September 18, 2009

Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI (PERMAS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pensyarah-pensyarah Jabatan Sejarah,FSSK UPSI; juga kepada semua mahasiswa/i sejarah UPSI yang akan meyambut Hari Raya aidilfitri pada hari ahad bersamaan dengan 20 september 2009.

ucapan daripada Ahli Majlis Tertinggi PERMAS 2009/10

Friday, September 11, 2009

MANUSIA DALAM SEJARAH
Sejarah adalah satu ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia yang bertemadun. Mempelajari ataupun mengetahui ilmu sejarah manusia juga sama pentingnya mempelajari ilmu agama yang lain. Hal ini kerana, sejarah akan mengajar kita akan semua kesilapan ataupun memberi pengajaran akan sesuatu yang telah berlaku. Ia akan mengajar kita untuk merancang dan melihat kehadapan dengan berpandukan semua peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Namun sejauh manakah seseorang manusia itu belajar daripada sejarah manusia yang berkurun lamanya untuk membetulkan kehidupan masa depan.

Dalam bidang sejarah terdapat 3 kelompok manusia yang akan diwujudkan. Perbincangan ini akan melihat secara kepada 3 kelompok manusia tersebut. kelompok pertama ialah; kelompok manusia yang terlalu mengagung-agungkan pencapaian tamadun manusia yang sebelumnya. Kelompok ini akan sentiasa mengingati sejarah keagungan tamadun negara ataupun bangsa mereka. Disamping itu, mereka sering menyangkal sebarang pendapat negetif mengenai tamadun yang mereka miliki. Jenis kelompok manusia ini tidak akan berani untuk mengatakan sesuatu yang negetif tentang tamadun yang lalu. Samaada sesuatu yang berlaku itu adalah satu kesalahan ataupun kesilapan pada masa lalu, golongan ini akan sentiasa mempertahankan tamadun yang dilihat oleh mereka sebagai tamadun yang agung.

Kelompok yang kedua pula ialah; kelompok manusia yang hanya mempelajari sejarah. Golongan ini tidak bertindak mempertahankan ataupun mengkritik peristiwa sejarah yang berlaku pada masa lalu. Mereka hanya mempelajari sejarah untuk pengetahuan ataupun sebagai ilmu sampingan sahaja. Golongan seperti yang terdapat dalam golongan yang kedua ini amat meberhaya sekiranya diserapkan dalam sistem pendidikan. Mereka adalah golongan yang tidak mendalam erti sebenar ilmu sejarah. Golongan ini juga tidak berusaha untuk memperbaiki atau mempelajari sebarang kesilapan ataupun pengajaran yang telah dilakukan oleh peristiwa sejarah.

Sekiranya diserapkan dalam sisitem pendidikan golongan ini boleh dikatakan sebagai perasit dalam ilmu sejarah. Tujuan mereka untuk mempelajari sejarah adalah mencukupkan syarat bagi menghabiskan pengajian mereka di universiti dan untuk mendapat pekerjaan.
Golongan yang ketiga pula ialah: golongan yang sentiasa ingin menyaingi temadun-tamadun yang pernah wujud di dunia ini. Golongan ini sentiasa mencari idea-idea baru dan menghasilkan cipta-ciptaan baru yang difikirkan lebih maju daripada tamadun manusia yang lalu. Kadang kala mereka merupakan pelopor kepada teknologi dan ilmu baru yang wujud. Golongan ini juga sentiasa memandangan kehadapan tetapi masih mempelajari sejarah untuk mengetahui akan keagungan tamadun yang pernah wujud sejak kewujudan manusia.
Golongan pertama dan golongan yang kedua adalah golongan yang tidak memberi manfaat kepada apa-apa ataupun sesiapa di dunia ini. Mereka adalah golongan yang paling dan sangat tidak diperlukan dalam semua bidang ilmu. Mereka tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupan, masyarakat, negara, dan dunia amnya. Golongan seperti ini akan meruntuhkan sesuatu tamadun yang telah dibina ataupun yang masih dalam pembinaan.
Golongan yang ketiga pula, merupakan golongan yang akan memajukan sesebuah tamadun dan akan meneruskan kelangsungan sesebuah tamadun. Namun malangnya golongan seperti golongan yang ketiga ini amat sedikit jumlahnya. Mereka digelar sebagai Cerative Minority kerana mereka merupakan golongan yang sangat kreatif dalam mengurus negara dan masyarakat tetapi dalam jumlah yang sangat minima.
Dimanakah letaknya diri kita sebagai mahasiswa/i sejarah UPSI. Sama-samalah kita fikirkan…..