Pages

SIAPA YAHUDI?? SIAPA ORANG ISLAM??

Tuesday, January 13, 2009

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!

BOIKOT AS TIDAK BAWA KEBULURAN

Monday, January 12, 2009

KEKEJAMAN Israel terhadap umat Islam di Palestin bukan perkara baru. Namun serangan yang dilancarkan sejak 17 hari lalu di kawasan penempatan umum membuktikan rejim zionis sebagai manusia yang tidak berperikemanusiaan.
Anak-anak kecil yang tidak pernah melakukan penentangan atau menyerang mereka pun menjadi mangsa kekejaman tentera zionis yang turut ‘direstui’ oleh sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS).
Benarlah kata Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu)...(al-Baqarah: 120)Sebagai usaha membalas kekejaman ketenteraan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan kempen boikot produk AS dan Israel peringkat kebangsaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Bagi kita, ada di kalangan masyarakat Islam yang tidak dapat membezakan antara tanggungjawab dan keperluan.Kita melancarkan boikot ini sebagai tindakan ke atas serangan Yahudi ke atas penduduk awam Palestin yang amat tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah mereka boleh melakukan apa yang mereka suka ke atas rakyat Palestin.Tindakan boikot ini juga dilakukan kerana sejarah membuktikan yang Yahudi ini memusuhi semua tamadun bukan hanya tamadun Islam sahaja.Inilah yang dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 120 surah al-Baqarah di atas.
Akhirnya, boikot ini bertujuan meningkatkan ekonomi orang Islam. Selama ini kita banyak menggunakan produk keluaran AS. Sudah sampai masanya untuk kita mengurangkan pergantungan itu dan mencapai tahap mampu diri.
Keadaan ini membuka peluang kepada usahawan tempatan terutamanya Muslim meneroka dalam menghasilkan alternatif bagi produk-produk yang kita boikot itu. Apabila mencapai tahap pengeluaran yang mampu diri, negara kita akan lebih dihormati. Sebabnya, kita tidak bergantung kepada import makanan dan bahan mentah.Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan tahap keselamatan negara kerana negara mampu hasilkan teknologi, bahan bakar dan sebagainya sendiri. Kalau kita tidak mulakan sekarang sampai bila-bila pun kita tidak ada peluang.Saya percaya, boikot yang kita lakukan ini tidak sampai membawa kepada kebuluran.
Yang lebih diharap, tindakan ini mendorong umat Islam menyokong produk-produk tempatan. Sebabnya, barang-barang yang kita boikot ini ada penggantinya.Antaranya ialah dari segi hiburan. Kita berharap masyarakat Islam dan rakyat Malaysia amnya tidak lagi menonton atau menikmati hiburan yang dibawa oleh AS.
Demikian juga dengan petrol. Boikot mengisi minyak kenderaan di syarikat AS sebaliknya kita ada syarikat minyak tempatan iaitu Petronas. Boikot juga minum di premis mereka seperti Starbuck. Kita ada banyak kedai dan restoran rakyat tempatan sebagai ganti minum di premis tersebut.
Kita yakin, insya-Allah jika tindakan ini berterusan akhirnya Israel dan AS akan akur dengan kesan kuasa ekonomi ini. Sekarang giliran Palestin tetapi apa yang kita takut selepas ini giliran kita pula. Apa yang berlaku ke atas Palestin ada hikmahnya. Cuma kita perlu bergerak dan mempersiapkan diri membina kekuatan. Jika sebelum ini, kita beranggapan belum tiba masanya sekarang adalah masanya untuk umat Islam bangkit menghapuskan penjajahan dalam bidang ini.
Sebab itu, kita perlu bersiap sedia. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu. (al-Anfal: 60)
Persiapan ini bukan sahaja dari segi ketenteraan tetapi dalam semua aspek bagi menghadapi serangan musuh-musuh Islam. Pendek kata, umat Islam mesti mampu menjadi saintis yang hebat, sarjana ekonomi yang disegani dan pemimpin dalam segala bidang.
Tidak dinafikan kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kita amalkan konsep walak wal barra. Konsep tolong menolong dan saling membantu sesama Muslim dan bertegas kepada golongan kafir.Sebagai umat Islam kita hendaklah meletakkan pergantungan yang utama kepada Allah. Allah menyebut yang Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Sebab itu, kalau kita ada kecenderungan bahawa kekuatan diukur pada bilangan yang ramai kita terjerumus kepada jangkaan yang salah. Begitulah yang berlaku pada perang Badar dan Ahzab. Tentera Islam mencapai kemenangan walaupun bilangannya lebih sedikit berbanding musuh.
Sebaliknya, kita kena yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan itu akan diperoleh oleh golongan yang beriman. Golongan kafir pun tahu tentang ini. Sebab itu, sekian lama para orientalis menanamkan doktrin supaya umat Islam sentiasa bergantung kepada AS dan sekutu-sekutunya.
Pendapat mengatakan bahawa dengan menyokong produk tempatan maka pendapatan kerajaan berkurang akibat pengurangan kutipan cukai adalah tidak tepat.Sebabnya, jika semua orang berbelanja pada jumlah yang sama cuma berpindah daripada produk AS ke produk tempatan ia juga akan meningkatkan perolehan kerajaan. Selain itu, boleh mewujudkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat tempatan.
Soal syarikat multinasional gulung tikar itu hanyalah peralihan.

FIKIRKAN....

JANGAN MELULU BOIKOT KFC:APA KEBENARANNYA??

Tertarik fikiran saya ketika membaca akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Januari 2009. Pada muka hadapan akhbar tersebut ada menyatakan tentang `jangan melulu boikot KFC’. Mungkin ada sesuatu yang tesirat disebalik kenyataan tersebut. Kita sebenarnya tidak wajar untuk melakukan sesuatu tindakan tanpa usul periksa. Setelah membaca kenyataan yang dinyatakan oleh Pengerusi Kentucky Fried Chicken Holdings (M) Berhad (KFC), Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim barulah saya faham bahawa impak jangka panjang yang akan kita terima boleh membawa kepada impak negatif. Beliau menyatakan bahawa kira-kira 22, 000 warganegara Malaysia yang bekerja dengan KFC dan Pizza Hut dengan gaji mereka mencecah di antara RM200-300 juta setahun. Lihatlah betapa tinggi sumbangan ekonomi syarikat francais ini kepada negara kita. Apa yang saya lihat di sini ialah impak dari segi ekonomi. Cuba anda bayangkan jika syarikat francais ini ditutup. Apa akan berlaku kepada ekonomi kita. Apa akan berlaku kepada warganegara kita yang selama ini bekerja di bawah syarikat berkenaan. Sudah tentu ia akan menambahkan lagi bilangan pengganggur di negara kita. Tambahan pula ada ura-ura mengatakan bahawa kemelesetan ekonomi akan berlaku dalam tahun ini. Hal ini akan menyebabkan majikan akan membuang pekerja untuk mengurangkan kos pembayaran gaji. Untuk pengetahuan anda semua, jika dilihat daripada pelan perniagaan syarikat francais ini, didapati bahawa syarikat ini merupakan sumber pekerjaan kepada warganegara Malaysia sama ada bekerja secara sepenuhnya atau bekerja `part-time’. Fikir-fikirkanlah1!!
Memetik kata-kata yang dirungkaikan oleh Pengerusi KFC ini, beliau menyatakan bahawa umat Islam atau warganegara Malaysia khususnya perlu mengurangkan emosi dalam hal-hal seperti ini, dunia hari ini adalah lebih kompleks, rangkaian yang kita sangkakan milik Amerika sebenarnya tidak hanya memanfaatkan orang Amerika semata-mata. Kita perlu memikirkan kesan jangka panjang dan pendekatan lebih strategik dalam menangani hal ini. Pada pendapat saya, mungkin kemarahan umat Islam sekarang semakin membuak-buak terhadap rejim Israel dan memboikot barangan adalah salah satu mekanisme untuk menunjukkan bantahan terhadap kekejaman Israel. Bukan niat untuk berfahaman sekularisme tetapi setiap apa keputusan yang dilakukan perlu dinilai kesahihan sumbernya supaya keputusan yang diambil kelak tidak memudaratkan kita untuk waktu jangka panjang. Secara fizikalnya memang kita ada membuat bantahan, memboikot barangan dan sebagainya tetapi sejauhmana pelaksanaannya kepada umat Islam. Sepeti yang dibuktikan pada hari sabtu semasa perhimpunan `Selamatkan Gaza’ di Stadium Melawati Shah Alam, di dalam stadium semua menjerit `boikot barang Amerika!’ tetapi di luar stadium terdapat gerai-gerai yang menjual Coca-cola. Fikirkanlah!!!..Selagi mentaliti kita masih di takuk lama selagi itulah kita tidak akan dapat mengubah sesuatu ke arah yang lebih positif. Tepuk dada tanyalah minda. Sekian.

Coretan Semut Hitam.

Mahasiswa Dibenar Sertai Demonstrasi Kutuk Israel

Friday, January 9, 2009



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.

“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA

YDP PERMAS: Marilah kita semua mengutuk kekejaman Israel LAKNATULLAH!!! Jgn lupa utk mendoakan kesejahteraan saudara kita di Gaza yg sedang dihujani hujan peluru dan bom sedangkan kita di sini enak dibuai mimpi. Berilah apa-apa sumbangan sama ada tenaga, kewangan & kepakaran selagi termampu. Yang penting, umat Islam perlulah kembali bersatu padu & berpegang kpd ajaran Islam yg sebenar. Sejarah telah membuktikan perpaduan puak Muhajirin & Ansar akhirnya telah melahirkan generasi Salaf as-Soleh yg tetap unggul sepanjang zaman. Ketauhilah bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "...Seseorang itu tidak beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri...". Ayuhlah bangkit membela penduduk Palestin !!!

MENGENAL SIAPA ITU YAHUDI!!!!!!!



Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 167 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir’aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra’ ayat yang bermaksud:

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku”.

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam ‘Talmud’ iaitu tafsiran kepada kitab ‘Taurat’, ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

* Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
* Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
* Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
* Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok ‘Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi”.

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

JALAN KEDAMAIAN YANG SAMAR.....


ONE WORLD...ONE SOUL.....SAVE PALESTINE!!!!

Tatkala dunia hanya mampu melihat dan merintih simpati terhadap masyarakat Palestin, sedar ataupun tidak itulah lambang kelemahan umat Islam di era milennium ini. Perasaan marah terhadap rejim Israel begitu membuak-buak sehinggakan seluruh dunia menyaksikan gelombang kemarahan umat Islam dan masyarakat dunia melalui pelbagai kaedah untuk menzahirkan bantahan dan kutukan terhadap penyembelihan manusia paling kejam dewasa ini. Demonstrasi, kempen boikot, solat hajat dan pelbagai lagi kaedah digunakan oleh umat Islam bagi membantah kekejaman rejim Zionis terhadap masyarakat Palestin manakala kutipan derma, penghantaran bantuan, dan doa tanda perkongsian masyarakat Islam dan dunia terhadap masyarakat Palestin ketika ini.



Namun sedar ataupun tidak, peristiwa dan fenomena ketika ini merupakan skrip yang sama melanda umat Islam dalam berhadapan situasi konflik kemanusiaan terburuk pada hari ini. Kesengsaraan, kesedihan, kematian dan pelbagai lagi perasaan yang mengguris hati nurani kita dalam melihat dan menyaksikan nasib dan situasi masyarakat Palestin ketika ini merupakan perkara yang sama tanpa ada penamatnya buat masyarakat Palestin. Konflik yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini sudah meragut ribuan nyawa umat Islam di Palestin. Namun, penamat kepada konflik ini tidak pernah ada dan selama itulah ketidakadilan dan kekejaman Israel di lalui keseorangan oleh masyarakat Palestin. Apa yang boleh kita renungi dan insafi adalah, dimanakah kekuatan sebenar umat Islam ketika ini? Dengan kekuatan dan bilangan penganut yang ramai, umat Islam dewasa ini boleh diibaratkan seperti seorang peninju yang berbadan sasa dan mempunyai tenaga yang kuat tetapi setiap kali bertinju tangannya seolah-olah dirantai, mudah saja diperkotak-katikkan oleh lawannya yang bertubuh kecil. Kelebihan yang dimiliki itu langsung tidak berguna tatkala mengahadapi konflik ini.



Penduduk Arab khususnya dan umat Islam misalnya amat jauh jurang bilangannya andai dibandingkan dengan bilangan penduduk Yahudi, namun situasi terkini seperti contoh yang saya nyatakan tadi. Suara, saranan, dan bantahan umat Islam hanya dipandang sepi oleh Israel yang bilangan penduduknya amat kecil jika dibandingkan dengan bilangan umat Islam. Inilah permasalahan kita, setiap kali umat Islam Palestin dihentam habis-habisan oleh Isarel skripnya adalah sama. Bantahan, saranan mahupun gesaan oleh umat Islam pada hari ini, kesan akhirnya adalah sama iaitu gagal dan tidak mampu menghalang kerakusan Israel membunuh dan menyeksa umat Islam Palestin.



Ya! kita mempunyai Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), kita mempunyai Liga Arab, kita mempunyai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai wadah untuk menghentikan kebiadapan dan keangkuhan Israel dalam situasi ini. Namun kesemua entiti itu tidak ada apa yang istimewa jika dibandingkan keistimewaan perlindungan dan sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel. Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) misalnya mempunyai jumlah keanggotaan yang ramai tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk menghentikan kezaliman dan kerakusan Israel ini. Begitu juga Liga Arab yang dianggotai oleh negara Arab yang majoriti rakyatnya beragama Islam juga tidak mampu untuk menyekat kezaliman dan kebiadapan Israel ini. Begitu juga dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang antara fungsinya untuk menjaga keamanan dan menghalang pencerobohan mana-mana negara terhadap negara lain langsung tidak berkesan dalam mengendalikan isu ini.



Selain itu, Amerika Syarikat yang menjadi orang tengah dalam menghentikan konflik ini sudah terang lagi bersuluh bersikap berat sebelah terhadap Israel. Buktinya, pengisytiharan doktrin negroponte oleh Amerika Syarikat untuk menghalang sebarang resolusi atau tindakan terhadap Israel menjadi lambang kecelaruan dalam penyelesaian konflik ini. Hasilnya, sebanyak lebih daripada 30 kali Amerika Syarikat mengenakan kuasa veto terhadap setiap resolusi untuk mengutuk dan mengenakan hukuman terhadap setiap jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap bangsa Palestin. Soalnya, dimanakah lagi payung atau tempat bergantung buat umat Islam di Palestin untuk berlindung daripada kekejaman Israel ini?. Dalam doa rintihannya, Assyahid Syeikh Ahmad Yassin pernah mengeluh tentang bantuan dan sokongan negara-negara Arab dan umat Islam dalam membantu saudara mereka di bumi Palestin.



Contoh terkini, negara-negara Arab seperti Jordan, Mesir dan Syria tidak mampu untuk menghulurkan sebarang bentuk perlindungan buat saudara seagama mereka disana. Paling dikesali tindakan Mesir yang seolah-olah bersekongkol dengan Israel dalam menyeksa dan menghentam masyarakat Palestin. Penutupan sempadan misalnya membuktikan kedangkalan negara yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai beragama Islam setiap kali berhadapan dengan tekanan Israel. Apa yang mampu dilakukan adalah usaha untuk mewujudkan gencatan senjata dan menganjurkan perjanjian damai yang nyata bersifat diatas kertas kosong semata-mata. Buktinya, lebih daripada 11 perjanjian damai telah ditandatangani antara kedua belah pihak ini, namun konflik ini tetap tidak menampakkan jalan penamatnya. Terkini, Sidang damai Annapolis yang melibatkan perjanjian damai antara kedua belah pihak ini menjadi koleksi terbaru kegagalan rundingan damai selepas perjanjian-perjanjian sebelum ini menemui kegagalan. Perjanjian Oslo i, Oslo ii, Kem David dan banyak lagi menjadi bukti keangkuhan dan penipuan Israel dalam menghentikan penindasan dan penganiayaan terhadap penduduk Palestin.



Demikianlah antara drama sedih dan tragis yang dihidangkan kepada kita dalam menyaksikan konflik berdarah ini. Oleh itu, umat Islam seharusnya kembali kepada al-Quran dan memenuhi tuntutan agama dalam membina kembali kekuatan yang sebelum ini ditunjukkan oleh kuasa umat Islam seperti keagungan dan kekuatan zaman Nabi Muhammad, zaman pemerintahan Khulafa` Arrasyidin, Empayar Abbasiyyah dan Umayyah. Tidak ada jalan lain buat kita untuk menghentikan kekejaman berdarah keatas saudara kita di Palestin seandainya kekuatan kita tidak dikembalikan separas kekuatan penganut yang ada. Kembalilah kita ke arah landasan yang sebenar dan jangan biarkan umat mulia ini diperkotak-katikkan sesuka hati oleh pihak musuh. Sambil itu, marilah kita berdoa ke hadrat Ilahi moga nasib dan situasi saudara kita di Palestin ketika ini mendapat pembelaan daripada-Nya. Wassalam.


EDITOR: CAHAYA DARI LORONG SUFI
BIRO PENERBITAN DAN DOKUMENTASI
PERMASUPSI

Makluman Baju Korporat PERMAS!!!!!

Tuesday, January 6, 2009

Assalamualaikum buat semua....pertamanya selamat kembali semula ke kampus bertuah ini buat meneruskan perjuangan kita yang belum selesai...untuk maklumat terkini berkaitan baju korporat persatuan, alhamdulillah baju kita sudah siap mengiukut jadual dalam perjanjian bersama dengan pihak pembekal. Namun, sukacita dimaklumkan, baju korporat bagi pelajar lelaki menghadapi masalah teknikal. Masalah yang kami maksudkan disini adalah berkaitan dengan panjang baju bagi pelajar lelaki. Masalah ini merupakan masalah teknikal dipihak pembekal kerana mengikut ukuran asal dalam perjanjian, panjang atau labuh baju pelajar lekaki adalah berukuran 18cm namun kesilapan dipihak mereka yang memotong kain mengikut ukuran panjang atau labuh baju pelajar perempuan iaitu berukuran 15cm. Maknanya ukuran baju pelajar lelaki pendek atau singkat 3cm daripada ukuran asal menyebabkan baju yang diterima bagi pelajar lelaki menjadi singkat. Dari segi saiz pula, keseluruhannya tidak ada sebarang masalah, cuma beberapa baju `speasial size` menghadapi masalah sedikit. Namun, semua masalah yang kami nyatakan tadi mendapat perhatian yang sepatutnya daripada pihak pembekal dan mereka mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan kembali semua masalah yang telah dinyatakan itu. Buat makluman semua pelajar lelaki dan pelajar yang bermasalah berkaitan saiz baju dijangkakan semua baju dapat diperoleh kira-kira hari rabu di minggu hadapan. Manakala bagi semua poelajar perempuan, baju anda boleh dituntut bermula dari hari ini. Tuntutan dan pengambilan baju anada boleh diperolehi dipejabat persatuan mahasiswa Sejarah di bangunan Bitarasiswa. Semua urusan perlu dikelola oleh saudari Shaiha untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. Diharapkan anada boleh menyegerakan proses pengambilan baju anda dengan kadar segera. Maklumat penting yang perlu difahami oleh semua adalah, tidak ada proses pertukaran berkaitan saiz baju atau apa-apa masalah yang tidak melibatkan pihak pembekal dan juga kami. Segala kesulitan amatlah dikesali dan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami dI barisan MT PERMAS atas semua sokongan dan dokongan daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perancangan baju ini.

Editor:
Biro Penerbitan dan Dokumentasi.

MAKLUMAT TERKINI HAL-EHWAL AKADEMIK

Sunday, January 4, 2009

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Ada beberapa makluman penting untuk mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik.

Praktikal semester tujuh

Berita yang disahkan, bahawasanya praktikal semester tujuh hanya melibatkan pelajar ambilan 2008/2009. Untuk pelajar-pelajar yang lain, anda akan mula berpraktikal pada semester 8 mengikut sistem yang telah ditetapkan. Bagi pelajar-pelajar FST, untuk subjek-subjek yang telah diambil, pihak fakulti masih dalam perbincangan samaada untuk mengekalkan subjek yang telah diambil atau kemungkinan besar akan digugurkan pada awal semester depan. Oleh yang demikian, pihak FST akan memaklumkan melalui notis yang akan dikeluarkan.

Jadual dan tempat kuliah

Pada semester depan juga, bahagian akademik telah menyusun semula jadual dan tempat kuliah mengikut fakulti. Pembahagian tempat kuliah khususnya dibuat mengikut zon bagi memudahkan dan menyelaraskan pergerakan pelajar. Sebagai contoh, tempat kuliah bagi pelajar FST hanya akan melibatkan kawasan tadahan utara dan kawasan tadahan selatan. Bagi pelajar FPE akan melibatkan kawasan anjung. Mahasiswa/i juga diminta untuk menyemak semula jadual kuliah bagi mengelakkan penyusunan waktu yang padat. Andai ada waktu yang tidak punya selang untuk melakukan solat, mahasiswa/i disyorkan untuk melakukan proses tambah gugur bagi menyusun semula jadual kuliah yang diberikan.

General English

Untuk mahasiswa/i yang akan bergraduat, bagi pelajar-pelajar TESL sekurang-kurangnya lulus MUET dengan band 4, manakala pelajar sains band 3, dan pelajar-pelajar lain sekurang-kurangnya band 2. Namun yang demikian, universiti telah memperkenalkan subjek General English untuk mahasiswa/i yang berminat sebagai ganti kepada peperiksaan MUET. Subjek General English tidak dikira sebagai jam kredit. Sekurang-kurangnya pelajar harus mencapai gred C untuk subjek ini bagi menggantikan peperiksaan MUET. Pelajar lama yang berminat boleh berbuat demikian pada awal semester depan semasa minggu tambah gugur. Subjek General English diharapkan dapat membantu kesemua pelajar UPSI untuk bergraduat.

Ulang peperiksaan

Bagi mahasiswa/i yang berminat untuk memeriksa semula kertas peperiksaan baru-baru ini, anda boleh berbuat demikian pada awal semester depan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM25 untuk satu kertas. Bagi pelajar-pelajar yang berminat mengulang semula, sekurang-kurangnya gred c- dan ke bawah untuk subjek-subjek teras iaitu subjek pendidikan dan subjek universiti.

Denda bahagian akademik

Mahasiswa/i yang mempunyai masalah untuk pulang awal ke kampus sehingga akhirnya terlambat untuk mengambil slip peperiksaan, disebabkan masalah-masalah yang berkaitan dengan keluarga, kewangan dan lain-lain hal yang berkaitan, anda dinasihatkan menulis surat kepada dekan. Hal ini disebabkan, untuk masalah-masalah terbabit denda boleh dikurangkan daripada bahagian akademik sehingga 80% ataupun pelajar tidak akan dikenakan sebarang tindakan. Surat yang dibuat perlu mendapat pengesahan dekan untuk digunakan sebagai bukti semasa pembayaran dilakukan.

Study week

Mengikut takwim yang ditetapkan pada semester hadapan, study week tidak dimasukkan pada semester depan. Hal ini berikutan, UPSI memulakan kuliah seminggu lebih lambat berbanding dengan universiti-universiti lain iaitu pada 5.1.2009 berbanding universiti lain yang bakal bermula seawal 28.12.2008. Namun yang demikian, perkara ini telah dimajukan kepada bahagian akademik untuk diadakan semula study week sekurang-kurangnya seminggu dan ianya dalam pertimbangan . Walaubagaimanapun, saya akan mendapatkan maklum balas selanjutnya daripada semasa ke semasa oleh bahagian akademik UPSI berhubung dengan perkara ini.

Oleh yang demikian, diharapkan mahasiswa/i mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai isu-isu yang diutarakan.

“Transform with knowledge”

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
MPP UPSI 2008/2009

Oleh: YDP PERMAS

SELAMAT BERCUTI DARIPADA KAMI!

Friday, November 21, 2008

APA BEZANYA???

Friday, November 14, 2008

Apa bezanya perbuatan Mukhlas, Amrozi, Imam Samudra, Saddam Hussin, dengan George W. Bush, Ariel Sharon, Radovan Karadzic dan pembunuh umat manusia yang lain?. Itulah pertanyaan penulis terhadap liputan berita kematian 3 orang yang digelar sebagai pembunuh Bali iaitu Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudra yang penamat hayatnya dihujung senapang. Tatkala penulis membaca liputan akhbar berkaitan hukuman yang bakal dihadapi oleh mereka itu, tidak dapat penulis bayangkan apakah penulis larat atau mampu untuk berhadapan dengan situasi yang serupa seandainya penulis berada ditempat mereka. Apakah kuat iman kita untuk menghadapi saat-saat yang paling menggerunkan dalam kehidupan manusia di muka bumi ini?.


Gambar: Amrozi dan Mukhlas.

Itulah antara persoalan yang bermain di minda penulis. Disaat memikirkan apakah perasaan mereka tatkala ajal dan maut sudah diketahui dan dijangka, penulis turut bersyukur kehadrat Ilahi kerana demikianlah antara manfaat untuk kita apabila urusan ajal maut itu kekal menjadi misteri untuk kita ketahui. Apakah perasaan kita andainya kita sudah mengetahui ajal kita semakin hampir?. Demikianlah juga keadaan atau situasi yang perlu dihadapi oleh ketiga-tiga orang tersebut. Namun, apa yang menarik untuk kita bincangkan bersama adalah, apakah bezanya perbuatan ketiga-tiga pesalah tersebut itu dengan individu-individu yang penulis sebutkan tadi?.

Persoalan syurga neraka, betul atau salah, jihad atau tidak kita ketepikan dahulu dalam konteks perbincangan kali ini. Mungkin jika ada kelapangan waktu mungkin kita boleh bincangkan lagi persoalan-persoalan itu. Namun, apa yang ingin penulis garapkan disini adalah, perbuatan ketiga-tiga pesalah ini adalah sama dengan individu-individu yang penulis sebutkan sebentar tadi. Namun, hakikatnya sebahagiannya sudah menerima balasan setimpal atas perbuatan yang dilakukan oleh mereka dan sebahagian lagi masih bebas dan kebal daripada sebarang bentuk hukuman. Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudra sudah menemui ajal dengan hukuman tembak sampai mati di pulau Nusakambangan manakala Saddam Hussin pula di tali gantung dan beberapa orang lagi sudah menjalani hukuman. Kesalahan yang dilakukan oleh mereka adalah membunuh manusia lain tanpa ada batas perikemanusiaannya dan mangsa yang dibunuh oleh mereka itu adalah orang awam yang tidak bersalah.


Gambar: Keadaan pengeboman kelab malam di Bali.

Demikianlah antara intipati dalam pertuduhan yang dikenakan keatas mereka untuk merelevenkan hukuman mati itu. Namun, penulis percaya, individu seperti George W. Bush, Ariel Sharon, Radovan Karadzic dan beberapa individu yang layak digelar penjenayah perang dan kemanusiaan di zaman ini masih bebas dan belum menerima hukuman atas apa yang mereka telah lakukan. Umum sedia maklum, perihal kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap bangsa Palestin. Khusus untuk penelitian kita bersama, mari kita intai dan lihat apa yang berlaku dalam kes pembunuhan bangsa Palestin di kem pelarian Shabra dan Syatila yang berlaku pada 17 September 1982. Untuk rekod kepada peristiwa kejam itu, tentera Israel yang dipimpin Ariel Sharon (bekas Perdana Menteri Israel) pada ketika itu, mengarahkan askarnya melakukan pembunuhan besar-besaran di kem pelarian Palestin di Shabra dan Shatila yang terletak di Beirut Barat.


Gambar: Peristiwa keganasan tentera pimpinan Ariel Sharon Di Shabra dan Syatila.

Sharon mengisytiharkan terdapatnya 2,000 pengganas yang berlindung di kem tersebut dan mengarahkan kereta kebal dan tentera rejim untuk mengepung kem tersebut. Pelarian Palestin yang berlindung di kem tersebut telah digempur habis-habisan dan dibunuh tanpa belas kasihan termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak. Demikianlah antara coretan ringkas kekejaman golongan laknatullah itu. Namun, apa yang mendukacitakan ialah pembunuh yang digelar penyembelih Shabra dan Syatilla ini tidak dikenakan sebarang bentuk tindakan atau hukuman atas apa yang telah dilakukan. Ariel Sharon bukan sahaja kebal daripada sebarang tindakan dan undang-undang tetapi seolah-olah diberi lampu hijau oleh Amerika untuk menghancurkan, menyiat-nyiat dan membakar tubuh-tubuh warga Palestin yang tidak bersalah dan berdosa. Begitu juga perihalnya kekejaman yang dilakukan oleh George W. Bush di Afghanistan dan Iraq.

Beribu-ribu manusia dikorban atas slogan menghapuskan pengganas dan berjuta-juta hilang tempat berteduh akibat daripada kerakusan manusia bernama George W. Bush itu. Manakala penjenayah perang paling dikehendaki di Serbia iaitu Radovan Karadzic kini sudah melingkup dalam tahanan. Ya! Memang benar beliau sudah ditangkap dan menunggu proses perbicaraannya atas semua kejahatan yang dilakukan keatas bangsa Albania, namun nasibnya tentu sekali tidak akan sama dengan apa yang dialami oleh ketiga-tiga pengebom Bali tadi. Inilah yang penulis mahu tekankan, apakah bezanya tindakan dan jenayah yang dilakukan oleh Mukhlas, Amrozi dan Imam Samudra tadi dengan kekejaman yang dilakukan oleh individu-individu yang penulis nyatakan tadi. Demikianlah keadilan dalam dunia ini, sering saja berlaku perlanggaran dalam prinsip keadilan itu sendiri dek kerana kuasa, pengaruh dan pangkat. Bagi penulis, perbuatan yang dilakukan oleh ketiga-tiga pengebom itu tiada bezanya dengan apa yang dilakukan oleh individu yang penulis nyatakan sebentar tadi. Apa yang membezakan mereka ialah, ketiga-tiga pengebom tadi tidak setanding kuasanya, pangkatnya dan pengaruhnya berbanding individu yang telah dinyatakan tadi.

Sebelum penulis tamatkan ketukan jari di papan ini, suka kiranya penulis sunting sedikit perihal komen-komen sahabat di ruangan interaksi anda. Ya! Apa bezanya kita dengan maktab?. Kita juga cikgu sama juga dengan pelajar di maktab?. Mengapa kita seolah-olah didiskriminasikan?. Demikianlah antara coretan serba ringkas daripada komen sahabat sekalian. Menarik untuk dibicarakan bersama, penulis cuba mendapatkan gambaran serba ringkas berkenaan perkara ini daripada teman-teman yang lebih senior. Mengikut katanya, sepatutnya yuran perpustakaan, yuran pengangkutan, yuran makmal komputer dan lain-lain lagi semasa praktikum yang dikenakan keatas mahasiswa tidak patut dilakukan. Hal ini kerana, dalam tempoh praktikum semua mahasiswa yang terlibat berada di sekolah bukannya di kampus.

”kita kat sek, bkn kat kmpus. calon aspirasi dlu pun ggl prjuangkan hal nie. wahai adikku sekalian, sdrlah tntg mslah nie ye. nie blm msk kpli lagi, wlupn mrk skt je, tapi dpt elaun wlupn stdy 1thn je”. ”mktb@ipg dah stndard upsi, mrk buat degree lagi. dapat elaun blnn rm350 plg krg, tak msk hostel, pnggkutn. kite semua settle sndri”. demikianlah kata Rina di ruangan interaksi anda. seterusnya suka kiranya penulis ketengahkan pendapat daripada Daaris, katanya ”sy rasa dah tiba masanya kita pun dapat merasai elaun..apa beza kt dgn maktab? Cikgu SAMA cIKGU.. sy fhm kita di bawah dua kementerian yg berbeza..tapi itu tidak wajar utuk dijadikan alasan utk mendiskriminasikan kt..Ini adalah hal kebajikan. Jgn sampai UPSI dicop zalim dan tidak mempedulikan nasib mahasiswanya.

Walaupun kupasan penulis berkaitan perihal tersebut adalah ringkas, cukuplah kiranya paparan penulis ini dan juga komen daripada teman-teman diruangan tersebut dan boleh dilihat dan diteliti oleh barisan MPP baru. Seandainya luahan dan pendapat yang diutarakan itu mempunyai kerelevanan yang tinggi untuk diperjuangkan, gunakanlah platform anda sebagai wakil mahasiswa untuk membela nasib mahasiswa selaras ucapan YDP anda baru-baru ini iaitu suara mahasiswa tetap menjadi keutamaan dalam perjuangan barisan MPP kali ini. Akhir kata, penulis bawakan dua kisah iaitu:

Amin, anak kepada Menteri Besar dan cucu kepada jutawan minyak sawit terkenal sering ponteng sekolah dan melakukan kegiatan buli kepada rakan-rakannya yang miskin. Manakala Aman pula anak kepada penoreh getah yang berpendapatan sederhana dan mempunyai perangai dan tingkah laku yang sama dengan Amin tadi. Namun, kedua-duanya mempunyai dua situasi yang berbeza. Di sekolah, semua guru mengetahui akan perbuatan buruk yang dilakukan mereka. Namun, sering saja Aman yang dihukum dan dilabelkan penjahat dan samseng oleh guru-guru, sedangkan Amin tidak dikenakan sebarang hukuman dan kutukan atas perbuatannya itu. Hal ini kerana, Amin mempunyai pengaruh akan kekayaan dan kuasa ahli keluarganya manakala Aman tidak punya apa-apa kerana dia merupakan anak seorang penoreh getah yang miskin.

Demikianlah situasi dalam kehidupan kita di dunia ini. dalam kes kedua-dua tadi perbuatan yang dilakukan oleh mereka adalah sama. Tetapi disebabkan pengaruh, kuasa dan kekayaan sering saja tanggapan masyarakat akan berbeza mengikut setiap situasi. Dari segi logiknya, apa bezanya perbuatan mereka itu?....sudah tentu sama sahaja bukan?....namun itulah lumrah dalam kehidupan ini, tiada bezanya perilaku ketiga-tiga pengebom Bali itu dengan penjenayah kemanusiaan lain. Begitu juga tiada bezanya antara mahasiswa yang berada di dalam bidang perguruan ini tidak kira dimana institusi naungannya kerana apa?....kerana kita semua adalah bakal pendidik buat anak bangsa. Apa yang penting, usahalah sedaya mungkin untuk membina diri kita sebagai bakal pendidik terunggul buat anak watan tercinta. Wassalam.

Editor : Janggut Hitam.

AKAN ADA PERUBAHAN DALAM HIDUP INI...

Tuesday, November 11, 2008

Tanjung Malim 15 Ogos – Dalam keasyikan kita mentelaah mata pelajaran buat bekalan dalam peperiksaan akhir semester dalam minggu terdekat ini, sedar ataupun tidak akan beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai satu fenomena perubahan dalam sosio kehidupan masyarakat dunia hari ini. Pertamanya, suka kiranya untuk kita melihat perkembangan dan perubahan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat melibatkan perubahan mentaliti, citarasa, persepsi, fahaman, dan tanggapan masyarakat Amerika itu sendiri. Dasar Aparteid yang pernah diperkenalkan dan diamalkan di Afrika Selatan suatu ketika dulu merupakan antara dasar fahaman yang keji dari sudut kemanusiaan itu sendiri.


Barrcak Obama: Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.

Namun setelah sekian lama berlalu, masyarakat dunia secara sedar ataupun tidak mendabik dada mengatakan penerimaan dan pengaruh Dasar Aparteid sudah dihapuskan. Walhal, perkara tersebut masih berlaku dalam kehidupan masyarakat dunia hari ini. Tembok pemisah suatu ketika dahulu berada didalam imaginasi puak-puak ekstremis Ariel Sharon kini sudah direalitikan pembinaannya. Namun hakikat yang nyata adalah dasar memisah yang diamalkan oleh Sharon ini sama seperti mana dasar apartheid yang pernah diamalkan oleh kerajaan Afrika Selatan sedikit masa dahulu.

Apa bezanya perilaku puak-puak ekstremis seperti Ariel Sharon, George W. Bush yang tidak ada sedikit pun peri kemanusiaan dalam hati mereka dengan pengamalan dan dasar yang pernah diperkenalkan dan dipraktikkan di Afrika Selatan itu?. Dalam konteks ini, penulis mahu mengajak pembaca budiman sekalian untuk melihat perubahan yang kononnya sedang berlaku di negara unipolar dunia iaitu Amerika Syarikat. Kemenangan Barrack Hussein Obama dalam pilihanraya presiden baru-baru ini menyaksikan Obama berjaya merealisasikan impiannya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-44 seterusnya mencipta sejarah menjadi warga kulit hitam pertama di Amerika Syarikat menduduki kerusi panas di White House itu.


Mampukah lelaki ini melakukan perubahan?

Namun, bukan kekalahan John Mccain yang mahu kita bicarakan disini. Tetapi fokus atau kiblat kita adalah seperti yang penulis garapkan sebentar tadi iaitu perubahan mentaliti, citarasa, persepsi, fahaman, dan tanggapan masyarakat Amerika itu sendiri. Sekian lamanya mentaliti bangsa Amerika itu desemaikan dengan tanggapan warna kulit adalah antara penentu seseorang calon itu untuk menjadi pemimpin. Di Amerika, walaupun mentaliti dan fahaman yang bersamaan dengan Dasar Aparteid itu dikatakan sudah tidak praktikal lagi, namun secara realitinya penerimaan dasar itu masih digunapakai oleh sesetengah warganya. Peristiwa serangan 11 September 2001 telah mencetuskan fenomena Islamphobia iaitu pandangan serong terhadap Islam dan umatnya sehingga bibit-bibit Dasar Aparteid itu semakin berleluasa.


Bapa tirinya Muslim namun itu tidak menggugat pengaruhnya...

Pentadbiran Bush selama hampir 4 tahun di White House telah memperlihatkan secara jelas diskriminasi agama dan kaum oleh mereka terhadap masyarakat Islam. Kesinambungan daripada sikap diskriminasi itu telah dizahirkan melalui perang ke atas Afghanistan dan Iraq yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Taliban dan jatuhnya kekuasaan Saddam Hussien dan parti Baathnya di Iraq. Begitu juga kes yang berlaku di Belanda apabila seorang ahli parlimennya mengarahkan pembikinan filem Fitna dengan motif utamanya adalah untuk memburuk-burukkan Islam dan pengikutnya. Seterusnya penyelesaian konflik yang tidak pernah menemui titik noktahnya di Palestin yang meragut dan memporakperandakan kehidupan masyarakat Palestin itu sendiri tidak pernah dipandang enteng oleh Amerika selaku orang tengah dalam penyelesaian konflik tersebut.


Saddam Hussein...disinilah pengakhiran hayatnya..

Secara terus terang Israel di jaga seperti anak emas daripada dikenakan sebarang tekanan dan tindakan oleh masyarakat dunia. Buktinya sebanyak 30 veto telah dikenakan oleh Amerika untuk semua resolusi bagi mengecam dan mengutuk tindakan ganas Israel terhadap Palestin. Pengisyhtiharan Doktrin Negroponte dengan maksud sebarang resolusi mengecam tindakan ganas Israel andainya tidak disertakan sekali kecaman terhadap pertubuhan seperti Hamas dan Briged al-Aqsa tidak akan diterima oleh Amerika Syarikat jelas menampakkan pengamalan Dasar Aparteid oleh pentadbiran Amerika terhadap Islam. Namun, kemenangan Barrack Obama dalam pemilihan presiden baru-baru ini memperlihatkan beberapa perubahan dari segi mentaliti, citarasa, persepsi, fahaman, dan tanggapan masyarakat Amerika itu sendiri. Buktinya adalah mudah, Barrack Obama merupakan calon kulit hitam berketurunan Kenya bagi pihak bapanya dan kulit putih Amerika di sebelah ibunya tetapi semua itu sudah tidak diambil peduli oleh warga Amerika Syarikat.

Selain itu, apa yang paling menarik ialah, serangan oleh pasukan kempen seterunya iaitu Senator John McCain berkaitan pertikaian status agamanya samada Islam ataupun Kristian tetapi penerimaan pengundi tetap tidak tergugat oleh spekulasi tersebut memperlihatkan perubahan yang penulis katakan sebelum ini sedang melanda Amerika Syarikat. Perubahan yang berlaku di Amerika Syarikat ini mencetuskan harapan dikalangan dunia Islam dan masyarakat dunia untuk melihat perubahan dasar untuk tidak lagi mendiskriminasi Islam dan penganutnya. Segala perubahan dan perkembangan yang berlaku ini dilihat dengan penuh teliti oleh semua pihak. Kita tinggalkan perubahan yang berlaku di Amerika itu untuk kita tinjau kehidupan dan politik kampus kita di UPSI ini.


Perubahan di UPSI

Barisan MPP kita sudah sah diumumkan lantikan mereka dan menamatkan teka-teki yang tersebar meluas sebelum ini. Molek kiranya penulis kaitkan perubahan di Amerika itu dengan perubahan di kampus UPSI ini. Jika sebelum ini, setiap calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus berdasarkan pihak Aspirasi dan lawannya Pro Mahasiswa, namun dalam PRK baru-baru ini larangan oleh Naib Canselor kita supaya tidak ada label bagi mana-mana calon yang bertanding dan semua calon yang bertanding adalah calon-calon yang diistyriharkan bebas tanpa mana pengaruh anasir luar boleh juga kita katakan suatu perubahan yang positif untuk kita nikmati. Tiada lagi jaminan buat calon-calon untuk bertanding atas bantuan entiti ataupun orang lain kerana penulis percaya dalam PRK baru-baru ini pengundi iaitu mahasiswa sudah tahu untuk menilai potensi yang ada buat semua calon untuk digalas harapan dan suara mereka.

Diharapkan amalan ini diteruskan dalam pilihanraya kampus akan datang untuk menjamin prinsip demokrasi terus subur buat semua mahasiswa untuk mengetangahkan bakat dan potensi kepimpinan mereka tanpa ada sebarang sekatan atau halangan. Penulis percaya, ruang demokrasi dan keadilan sejagat itu boleh dibaik pulih tidak kira dimana kita berada diatas muka bumi ini andainya kita benar-benar komited untuk melihat perubahan. Perubahan yang dimaksudkan oleh penulis adalah perubahan daripada baik kepada lebih baik supaya hasil yang kita peroleh nanti benar-benar terbaik.

Akhir kata, hijrahkan diri kita kearah kebaikan kerana itulah saranan dan tuntutan nabi buat semua umatnya. Jadikan semester ini sebagai satu pelayaran kehidupan yang telah dilalui untuk kita nilai satu persatu demi mencipta perubahan di semester depan bagi mencapai kualiti mahasiswa bitara yang kita impikan. Akhir kata salam cuti semester buat semua dan hayatilah petikan kata-kata pemenang pilihanraya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini iaitu Senator Barrack Hussein Obama:

"Sekiranya anda menyertai saya dalam pertarungan ini, sekiranya anda merasai takdir dan nampak apa yang saya lihat, masa depan yang tidak ada penghujungnya ... jika anda merasai apa yang saya rasa, masa kini menyedarkan kita dari tidur kita dan membaluti perasaan takut kita ...maka saya bersedia untuk bersaing,"

Editor : Janggut Hitam.

Penting! Masalah baju T-Shirt diselesaikan!

Saturday, November 8, 2008


Laporan Pengawal Keselamatan UPSI.

Bitarasiswa 12 Nov – Isu kelewatan pemberian baju T-Shirt PERMAS buat semua ahli yang membeli telah Berjaya diselesaikan oleh pihak Majlis Tertinggi PERMAS dengan pihak pembekal iaitu pihak kilang dan agen yang terlibat. Pihak MT diketuai saudara Abu Haniffa Bin Haris (YDP PERMAS), saudara Eddy Safbree Bin Salim (Exco Kerohanian dan Perpaduan), saudara Ahmad Baihaqi Bin Mohammad Yunus (Exco Penerbitan dan Dokumentasi) dan saudari Syaiha Bin Sulaiman (Setiausaha) telah membuat perjumpaan dengan pihak pembekal dan juga pihak yang terlibat dalam urusan jual beli tersebut di pejabat persatuan semalam. Dalam keputusan mesyuarat secara majoriti MT telah bersetuju dengan sebulat suara untuk meminta bayaran ganti rugi diatas kelewatan dan beberapa faktor lain yang telah berlaku di pihak yang bertanggungjawab dalam masalah ini. Buat makluman ahli, semua keputusan yang di ambil adalah berdasarkan tuntutan dan aduan ahli sebelum ini.

Mengambil kesepakatan bersama, pihak kami telah sepakat untuk menuntut bayaran ganti rugi atas kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh ahli atas kelewatan ini. Perbincangan berlangsung dalam suasana tenang walaupun kadangkala berlaku beberapa ketegangan dalam beberapa isu antara pihak pembekal, kilang dan orang tengah dengan MT yang terlibat. Buat makluman ahli, masalah berkaitan baju ini bukanlah dicetuskan atau secara sengajka ditimbulkan oleh pihak kami di Majlis Tertinggi persatuan, tetapi berpunca daripada pihak kilang dan pembekal itu sendiri. Walaupun pihak kami terpaksa menunggu dari jam 11 malam sehingga 7 pagi untuk perjumpaan dengan pihak yang terlibat, alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan usaha kita bersama pada jam 7 pagi pihak pembekal dan kilang ‘memunculkan’ dirinya selepas suatu tempoh menunggu paling lama pernah kami lalui sepanjang hayat kami. Dalam perjumpaan tersebut, pihak kami telah cuba dengan seupaya yang mungkin untuk menuntut dan memperjuangkan hak anda. setelah mengambil kira beberapa factor dan menghalusi beberapa perkara, pihak pembekal dan kilang bersetuju dan akur untuk bertanggungjawab dalam melangsaikan ganti rugi kepada ahli yang terlibat.

Selepas mesyuarat selama hampir 3 jam, kata putus dicapai iaitu pihak kilang dan pembekal bersetuju untuk membayar sebanyak RM 5 bagi setiap helai baju yang ditempah. Alhamdulillah syukur kami panjatkan buat Ilahi atas kejayaan kami melaksanakan tanggungjawab dan amanah kami buat anda semua. Untuk itu, kami telah menetapkan tarikh dan tempoh masa sehingga hari selasa ini untuk pihak tersebut melunaskan tuntutan ganti rugi tersebut. Buat makluman semua, pihak kilang memaklumkan kain yang dugunakan itu adalah berkualiti walaupun kita meraguinya, kami berharap dengan persetujuan pihak mereka untuk berkompromi dan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin diharapkan semua ahli dapat berpuas hati dalam perkara ini. Sekali lagi, ingin kami tegaskan, masalah kelewatan ini bukanlah disebabkan oleh pengurusan persatuan tetapi disebabkan pihak pembekal dan kilang. Untuk makluman semua, semua kuantiti dan jumlah baju sudah ditunaikan oleh pihak kilang dan kini berada dalam jagaan kami. Pemberian baju akan diberikan secepat mungkin bersama wang ganti rugi tersebut pada tarikh dan waktu yang akan dimaklumkan.

Oleh itu, diharapkan suara-suara sumbang yang mempertikaikan kredibiliti dan tanggungjawab kami yang dipilih dalam menjaga dan memperjuangkan hak anda tidak dipertikaikan dan kedengaran lagi. Usaha dan kejayaan ini adalah maklum balas kami dalam menjaga dan menjalankan tanggungjawab kami terhadap persatuan. Kami tidak menuntut sanjungan atau pujian melangit dalam menjalankan aspirasi persatuan. Tetapi cukuplah diberikan rasa hormat dan kepercayaan kepada kami dalam memperjuangkan kebajikan ahli dan persatuan. Segala kritikan, pandangan dan masalah yang dilalui ini memberi pengajaran dan pengalaman berguna kepada kami dan kita amnya dalam bepersatuan. Teruskan menyokong persatuan dalam menjadikan mahasiswa yang bitara buat aspirasi negara.

TERKINI! Sekitar Perlantikan MPP baru!

Bitarasiswa 11 Nov – Majlis penyerahan watikah perlantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 08/09 selamat berlangsung bertempat di bilik pameran Bitarasiswa malam tadi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Canselor Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob, Timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan Fakulti, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/08, serta kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Dalam majlis tersebut berlangsungnya acara permulaan iaitu penyerahan watikah perlantikan barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 08/09 mengikut komposisi exco yang telah dipersetujui bersama. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan aturcara bacaan ikrar oleh barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 08/09 dengan diketuai Yang Dipertua yang baru iaitu saudara Mohamad Hairie bin Abdullah daripada Fakulti Bahasa yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya kampus baru-baru ini.


Gambar: Naib Cancelor UPSI, Mantan YDP & YDP MPP Sesi 08/09.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dasar oleh saudara Mohamad Hairie bin Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar yang baru. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat pada malam itu iaitu Naib Canselor Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob dan seterusnya penyerahan sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/08 diketuai oleh mantan YDP sebelum ini iaitu saudara Raimi. Seterusnya majlis bersurai.


gambar: Barisan MPP Sesi 08/09

Untuk makluman semua, penulis berkesempatan menyaksikan majlis perlantikan tersebut. Untuk itu, suka kiranya penulis berkongsi beberapa peristiwa menarik dan penting untuk kita kongsi bersama. Pertamanya, sebelum majlis tersebut diadakan, semua calon yang telah berjaya memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini diberi tempoh masa selama beberapa hari untuk berbincang berkenaan komposisi dalam struktur pentadbiran Majlis Perwakilan Pelajar yang baru. Dalam hal ini, telah berlaku beberapa perkara atau masalah berkaitan dengan komposisi pembahagian jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar itu sendiri yang mana melibatkan beberapa jawatan penting untuk diisi. Dalam konteks ini, berlaku pertikaian terhadap ketiadaan Akmal Bin Mahdzir yang memperoleh undian tertinggi dalam pilihanraya kampus baru-baru ini tetapi tidak diberikan jawatan tertinggi mengikut hirerki sesebuah organisasi iaitu YDP, Timb. YDP, Setiausaha, mahupun Bendahari. Namun akhirnya masalah tersebut diselesaikan dengan penuh iltizam dan tanggungjawab yang tinggi daripada semua pihak walaupun bukanlah secara menyeluruh tetapi berdasarkan keputusan undian secara majoriti melebihi minoriti. Untuk itu, suka kiranya penulis melihat kepada ucapan Naib Canselor kita pada malam itu yang berkaitan perkara tersebut.


gambar: Barisan MPP Sesi 08/09

Dalam ucapannya, beliau telah menarik perhatian semua apabila menyentuh berkenaan isu perlantikan MPP yang baru. Menurut beliau, perlantikan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar adalah mengikut Perlembagaan UPSI dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu sendiri. Beliau turut membacakan beberapa perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan dan akta tersebut. Apa yang menarik untuk kita hayati bersama ialah, beliau meminta semua pihak membaca dan memahami perkara yang termaktub dalam Perlembagaan UPSI dan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu sendiri. Beliau mengharapkan, perlantikan tersebut dapat diterima dengan penuh hati oleh semua yang terlibat iaitu komposisi jawatan bukanlah sesuatu yang penting untuk dinilai tetapi maksud sebenar sebuah kabinet itu adalah menjurus kepada setiap keputusan adalah berdasarkan kaedah kolektif iaitu secara permuafakatan bersama. Perpaduan dan semangat kerjasama antara ahli adalah perlu diutamakan bagi menjamin kebajikan mahasiswa.


gambar: Mantan MPP bersama TNC HEPA Prof. Shaharuddin.

Selain itu, dalam ucapannya juga, beliau turut memperingatkan perihal tanggungjawab dan kesedaran yang sebenar perlu difahami oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Untuk itu, beliau mengulas ucapan saudara Hairie Bin Abdullah yang menyatakan kebajikan dan suara pelajar adalah menjadi salah satu keutamaan dalam perjuangan MPP baru. Menurut Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob, kebajikan pelajar adalah suatu perkara yang tidak salah untuk diperjuangkan. Tetapi, perlu diingat, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diperjuangkan oleh MPP baru iaitu kualiti akademik dan sahsiah mahasiswa UPSI. Beliau berpendapat, gejala dan sindrom ’suka balik kampung’, pulang ke kampus di ’Morning Monday’, malas ke perpustakaan, dan beberapa perkara lagi perlu diusahakan dan diatasi dengan lebih gigih oleh barisan MPP baru. Menurut beliau, pihak universiti telah berusaha membantu dan memperjuangkan kebajikan para pelajar. Untuk itu, beliau membawakan contoh penginapan pelajar UPSI adalah bertaraf Apartment Unit, berbanding dengan universiti lain. Beliau memberikan perbandingan antara penginapan pelajar di UPSI dan USM Pulau Pinang, iaitu sebuah bilik di UPSI didiami oleh 2 orang pelajar berbanding di USM seramai 4 orang pelajar sebilik.


Gambar: antara Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 08/09.

Menurut beliau, kebajikan dan keselesaan yang diberikan perlulah difikirkan dan seharusnya kualiti pencapaian akademik pelajar perlu seiring kemudahan terbaik yang disediakan. Seterusnya, dalam ucapan dasar YDP MPP baru iaitu saudara Hairie Bin Abdullah, beliau turut membawakan beberapa isu yang mahu diperjuangkan oleh barisan kepimpinan baru seperti perkhidmatan bas ke kampus, kemudahan-kemudahan pelajar, pinjaman biasiswa dan sebagainya. disamping itu juga, beliau bertegas untuk menjaga dan membawakan suara dan pendapat mahasiswa untuk didengari dan dipandang enteng buat pihak berwajib. Namun, apa yang menarik perhatian penulis adalah, semangat dan janji beliau dalam membuktikan kemampuannya untuk memimpin barisan exco yang baru untuk bekerja secara kolektif. Dalam ucapannya, beliau ada menyatakan berkaitan aspek perjuangan, misi dan visi barisan kepimpinan baru untuk direalisasikan. Dalam hal ini, selepas beberapa masalah dan pertikaian yang berlaku, disinilah kematangan, daya kepimpinan, dan kebijaksanaan beliau selaku pemimpin nombor satu mahasiswa diuji untuk mewujudkan satu kepimpinan yang benar-benar bersifat kumpulan dan kolektif demi kabaikan semua. Dalam hal ini, penulis percaya, seorang pemimpin yang baik salah satu ciri yang perlu ada padanya adalah menyatupadukan barisan kepimpinannya.


gambar: Barisan kepimpinan baru MPP.

Penulis menggambarkan, harapan yang begitu tinggi oleh semua mahasiswa UPSI untuk melihat barisan pemimpin yang mereka pilih ini mampu menterjemahkan undi sokongan mereka itu dalam bentuk perkhidmatan yang cemerlang, manfaat yang boleh dinikmati semua, dan sudah tentu hak-hak dan suara mahasiswa dapat dibela dan diperjuangkan. Adalah mustahil untuk suatu organisasi itu berkembang dengan sebaiknya seandainya cara kerja, matlamat, dan kata putus terhadap sesuatu perkara tidak boleh dicapai dalam suasana kolektif. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab buat semua barisan kepimpinan yang telah dipilih untuk memikirkan bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk diambil bagi menajadikan MPP sebagai sebuah entiti yang benar-benar memperjuangkan kebajikan dan suara mahasiswa. Semua mahasiswa UPSI penulis percaya, mahukan kepimpinan baru ini dapat melakukan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang disamping benar-benar berfungsi sebagai entiti atau payung buat kebajikan dan suara pelajar. Selain itu, pihak kami di Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Sejarah merakamkan ucapan tahniah buat dua wakil daripada mahasiswa Sejarah iaitu saudara Mohammad Asree Bin Abd Aziz dan saudari Adriyanie Binti Yamin dan juga buat semua barisan kepimpinan MPP sesi 08/09 atas perlantikan anda dalam barisan kepimpinan MPP yang baru. Tunaikan amanah dan harapan rakan-rakan dalam memperjuangkan dan membantu mahasiswa Sejarah khususnya dan semua mahasiswa UPSI amnya.


gambar: Adriyanie Bt Yamin & Muhammad Asree Bin Abd Aziz (Wakil FSSK)

Buat akhirnya, suka kiranya penulis melontarkan cadangan agar pemilihan bagi exco dan juga jawatan tertinggi dalam struktur organisasi Majlis Perwakilan Pelajar dapat dijalankan secara yang labih bersistematik dan saksama. cadangan yang dikemukakan ini bermaksud untuk mengelakkan masalah dan peristiwa sebelum ini tidak berulang kembali. Dalam hal ini, penulis berpendapat, kriteria seperti senioriti atau umur, daya kepimpinan, suara majoriti, karisma dan logik dapat digunapakai bagi pemilihan seseorang pemimpin. Seseorang pemimpin itu hakimnya adalah warga dibawahnya dengan kata lain, mahasiswa UPSI adalah hakim kepada pemimpin di Majlis Perwakilan Pelajar. Keputusan mahasiswa boleh juga kita katakan diterjemahkan dalam bentuk jumlah undian, dan dalam keputusan penghakimannya warga mahasiswa UPSI telah membuat keputusan memilih anda. Dalam hal ini, seseorang pemimpin yang baik itu bukanlah didasarkan atas ciri-ciri personaliti atau perkara kosmetik sahaja tetapi perlu ada nilai-nilai integriti, ketelusan, keikhlasan, jujur, amanah, adil, bertolak ansur sebagai imej atau identiti wajib buat seorang pemimpin untuk memimpin. Laksanakanlah amanah yang diberi sebaik mungkin, tingkatkan prestasi jauhkan kontroversi. Sebagai penutup marilah kita hayati petikan artikel daripada jurulatih Kelab Debat UPSI iaitu saudara Yusfarizal Bin Yusoff,

Sewaktu Razali (nama sebenar) berada diusia kanak-kanak, Razali seringkali bergaduh (baca: buli) dengan adik lelakinya yang umurnya 4 tahun lebih muda daripadanya. Apabila bergaduh, adiknya seringkali mengadu kepada ibu dan berkata “Ibu, tengoklah abang ni, dia buat adik”. Sejurus selepas aduan tersebut, maka betis dan juga punggung Razali akan berbirat dihinggap oleh hayunan rotan kecil atau kepala talipinggang. Selalunya Razali yang kena. Tidak kira sama ada Razali yang memulakan pergaduhan atau adiknya yang cuba menyiram minyak keatas api. Prinsip ibu Razali mudah, kalau bergaduh, ia tentu salah Razali, dan bukan adik Razali kerana Razali adalah yang tua, yang seharusnya mengalah.
Sudah semestinya Razali sentiasa tidak berpuas hati. Acapkali juga Razali mempertikaikan tindakan ibu, dengan menghukum tanpa usul periksa, dan yang lebih mengecewakan tanpa memberikan peluang untuk didengar. Kalau adapun penjelasan daripada Razali yang didengar, ia hanya semata-mata didengar tanpa ada apa-apa tindakbalas susulan. Pendek kata, salah siapa sekalipun, Razali tetap dipukul.

Seorang pemain bolasepak bernama Rizal mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan setelah gol yang dijaringkan dibatalkan atas alasan “offside”. Beliau bersungguh mempertahankan bahawa kedudukannya tidak “offside” walaupun pengadil utama dan kedua-dua penjaga garisan menyatakannya “offside”. Beliau tetap dengan pendiriannya membantah keputusan sehingga pengadil terpaksa mengenakan kad kuning kepadanya. Setelah tamat perlawanan, Rizal menonton semula video perlawanan dan mendapati sememangnya beliau berada dalam keadaan “offside”. Ketika itu barulah Rizal sedar bahawa bantahan beliau ketika perlawanan adalah satu kesilapan, kerana Rizal bukanlah orang yang layak menentukan sama ada dirinya bersalah atau tidak. Yang berhak menentukannya adalah pengadil yang telah dilantik atas persetujuan bersama, yang tidak berpihak kepada mana-mana pasukan.

Senario diatas adalah lumrah biasa dalam kehidupan. Pasti anda juga biasa menghadapi perkara-perkara tersebut dalam hidup. Ya, benar. Ia semakin berleluasa. Acapkali kita menghukum tanpa usul periksa dan acapkali juga kita menghukum keatas tindakan kita sendiri, tanpa merujuk atau memberi peluang kepada orang lain untuk menghakimi kita. Tatkala itulah kita lupa bahawa kita sebenarnya telah melakukan sesuatu diluar batas keadilan semulajadi. Prinsip keadilan semulajadi berlandaskan Undang-Undang Kelaziman (Common Law) yang disedut daripada sistem kehakiman Westminster telah menggariskan 2 prinsip utama iaitu Audi Alteram Partem dan Nemo Judex In Causa Sua. Audi Alteram Partem bermaksud seseorang mestilah diberikan hak untuk didengar, manakala Nemo Judex in Causa Sua bermaksud, seseorang tidak boleh menjadi hakim/menghakimi perkara berkaitan dirinya sendiri.

Jadi, amat benarlah ketidakpuasan hati Razali terhadap ibunya, kerana tiada prinsip keadilan semulajadi dalam tindakan ibu. Razali tidak pernah diberikan hak untuk didengar dan dalam semua keadaan, adiknya pula yang menjadi hakim kepada pergaduhan tersebut sementara ibunya sebagai algojo. Amat benar juga penyesalan Rizal kerana beliau bukanlah orang yang layak menghakimi dirinya sendiri dalam sesuatu perlawanan bolasepak.



Berikut merupakan barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sESI 08/09:

Yang DiPertua : Mohamad Hairie bin Abdullah (FB-menang tanpa bertanding)

Timbalan Yang DiPertua : Nor ‘Ain Bt. A. Razak (umum-4011 undi)

Naib Yang Dipertua : Syaiffuldin bin Mohamad (FPE-315 undi)

Setiausaha Agung : Mohd Razik bin Khalid (FTMK-164 undi)

Pen. Setiausaha Agung : Muzaitul Akmar bin Mohammad (FTMK-159 undi)

Bendahari : Muhammad Asree bin Abd Aziz (FSSK-1276 undi)

Pen. Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (umum-3729 undi)

Exco Ekonomi & Keusahawanan : Mohd Fitri bin Amil(FSKPM-544 undi), Nurul Illyana bt Mohamad((FPE-244 undi)

Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa : Lee Sun ju(etnik cina-menang tanpa bertanding), Punethan(etnik india-menang tanpa bertanding)

Exco Sukan & Rekreasi : Mohd Nor Faiz bin Mat Ali(FSS-menang tanpa bertanding), Siti Nor Hazliza binti Rosli(FSS-menang tanpa bertanding)

Exco Penerbitan & Informasi : Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi(FSM-menang tanpa bertanding), Siti Khairiah binti Jajuli (FB-menang tanpa bertanding)

Exco Perpaduan & Integrasi : Armadi bin Derus(etnik Sabah-103 undi), Bornifes(etnik Sarawak-49 undi)

Exco Kesenian & Kebudayaan : Norhisham bin Che Hamid (FSM-menang tanpa bertanding), Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman(FST-1389 undi)

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor(FSKPM-483 undi), Adriyani binti Yamin(FSSK- 906 undi)

Exco Akademik & Kerjaya : Arif bin Mohamad(umum-3757 undi), Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof(umum-3532 undi)

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah : Akmal bin Madzir(umum-4124 undi), Norhafizawati binti Mahmad Rozali(FST-1055 undi)

Editor: Janggut Hitam.