Monday, January 12, 2009
KEKEJAMAN Israel terhadap umat Islam di Palestin bukan perkara baru. Namun serangan yang dilancarkan sejak 17 hari lalu di kawasan penempatan umum membuktikan rejim zionis sebagai manusia yang tidak berperikemanusiaan.
Anak-anak kecil yang tidak pernah melakukan penentangan atau menyerang mereka pun menjadi mangsa kekejaman tentera zionis yang turut ‘direstui’ oleh sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS).
Benarlah kata Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu)...(al-Baqarah: 120)Sebagai usaha membalas kekejaman ketenteraan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan kempen boikot produk AS dan Israel peringkat kebangsaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Bagi kita, ada di kalangan masyarakat Islam yang tidak dapat membezakan antara tanggungjawab dan keperluan.Kita melancarkan boikot ini sebagai tindakan ke atas serangan Yahudi ke atas penduduk awam Palestin yang amat tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah mereka boleh melakukan apa yang mereka suka ke atas rakyat Palestin.Tindakan boikot ini juga dilakukan kerana sejarah membuktikan yang Yahudi ini memusuhi semua tamadun bukan hanya tamadun Islam sahaja.Inilah yang dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 120 surah al-Baqarah di atas.
Akhirnya, boikot ini bertujuan meningkatkan ekonomi orang Islam. Selama ini kita banyak menggunakan produk keluaran AS. Sudah sampai masanya untuk kita mengurangkan pergantungan itu dan mencapai tahap mampu diri.
Keadaan ini membuka peluang kepada usahawan tempatan terutamanya Muslim meneroka dalam menghasilkan alternatif bagi produk-produk yang kita boikot itu. Apabila mencapai tahap pengeluaran yang mampu diri, negara kita akan lebih dihormati. Sebabnya, kita tidak bergantung kepada import makanan dan bahan mentah.Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan tahap keselamatan negara kerana negara mampu hasilkan teknologi, bahan bakar dan sebagainya sendiri. Kalau kita tidak mulakan sekarang sampai bila-bila pun kita tidak ada peluang.Saya percaya, boikot yang kita lakukan ini tidak sampai membawa kepada kebuluran.
Yang lebih diharap, tindakan ini mendorong umat Islam menyokong produk-produk tempatan. Sebabnya, barang-barang yang kita boikot ini ada penggantinya.Antaranya ialah dari segi hiburan. Kita berharap masyarakat Islam dan rakyat Malaysia amnya tidak lagi menonton atau menikmati hiburan yang dibawa oleh AS.
Demikian juga dengan petrol. Boikot mengisi minyak kenderaan di syarikat AS sebaliknya kita ada syarikat minyak tempatan iaitu Petronas. Boikot juga minum di premis mereka seperti Starbuck. Kita ada banyak kedai dan restoran rakyat tempatan sebagai ganti minum di premis tersebut.
Kita yakin, insya-Allah jika tindakan ini berterusan akhirnya Israel dan AS akan akur dengan kesan kuasa ekonomi ini. Sekarang giliran Palestin tetapi apa yang kita takut selepas ini giliran kita pula. Apa yang berlaku ke atas Palestin ada hikmahnya. Cuma kita perlu bergerak dan mempersiapkan diri membina kekuatan. Jika sebelum ini, kita beranggapan belum tiba masanya sekarang adalah masanya untuk umat Islam bangkit menghapuskan penjajahan dalam bidang ini.
Sebab itu, kita perlu bersiap sedia. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu. (al-Anfal: 60)
Persiapan ini bukan sahaja dari segi ketenteraan tetapi dalam semua aspek bagi menghadapi serangan musuh-musuh Islam. Pendek kata, umat Islam mesti mampu menjadi saintis yang hebat, sarjana ekonomi yang disegani dan pemimpin dalam segala bidang.
Tidak dinafikan kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kita amalkan konsep walak wal barra. Konsep tolong menolong dan saling membantu sesama Muslim dan bertegas kepada golongan kafir.Sebagai umat Islam kita hendaklah meletakkan pergantungan yang utama kepada Allah. Allah menyebut yang Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Sebab itu, kalau kita ada kecenderungan bahawa kekuatan diukur pada bilangan yang ramai kita terjerumus kepada jangkaan yang salah. Begitulah yang berlaku pada perang Badar dan Ahzab. Tentera Islam mencapai kemenangan walaupun bilangannya lebih sedikit berbanding musuh.
Sebaliknya, kita kena yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan itu akan diperoleh oleh golongan yang beriman. Golongan kafir pun tahu tentang ini. Sebab itu, sekian lama para orientalis menanamkan doktrin supaya umat Islam sentiasa bergantung kepada AS dan sekutu-sekutunya.
Pendapat mengatakan bahawa dengan menyokong produk tempatan maka pendapatan kerajaan berkurang akibat pengurangan kutipan cukai adalah tidak tepat.Sebabnya, jika semua orang berbelanja pada jumlah yang sama cuma berpindah daripada produk AS ke produk tempatan ia juga akan meningkatkan perolehan kerajaan. Selain itu, boleh mewujudkan peluang pekerjaan di syarikat-syarikat tempatan.
Soal syarikat multinasional gulung tikar itu hanyalah peralihan.
1 Komen:
Inilah rata-rata cadangan umat Islam di dalam menyelesaikan peperangan yang berlaku di Gaza sekarang. Serangan ganas Zionis ke atas umat Islam di Gaza yang kini mengorbankan hampir seribu nyawa dan ribuan lagi cedera, dilihat perlu ‘dijawab’ dengan pemboikotan barangan buatan Isreal dan Amerika! Batas sempadan assabiyyah yang dibuat oleh kuffar British di Malaysia sejak lebih 50 tahun dahulu ternyata hingga kini masih berjaya dan menebal menguasai pemimpin, termasuklah ulama Islam.
Apabila umat Islam di Palestin dibunuh dan diperangi, mereka hanya mampu menjawab untuk memboikot barangan si musuh. Apakah agaknya pemboikotan yang dilakukan ini, walau secara besar-besaran sekalipun akan dapat menghentikan serangan dan pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin?
Sejak berpuluh tahun lamanya, setiap kali umat Islam diperangi oleh AS ataupun Yahudi, maka laungan penyelesaisan “boikot” barangan Amerika sering dilagukan. Sudah berapa kali siri pemboikotan dilakukan, apa yang nyata adalah, nyawa umat Islam semakin banyak yang melayang dan ekonomi AS dan Yahudi tetap teguh. Hakikatnya, apa yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi AS sekarang ini pun langsung tidak ada kena-mengena dengan pemboikotan oleh negara umat Islam, ia adalah krisis subprime yang berakar umbi dari sistem ekonomi Kapitalis itu sendiri – inilah yang menyebabka kejatuhan ekonomi Amerika, dan bukannya pemboikotan barangan mereka oleh negara luar! Kenapa para pemimpin dan ulama masih seakan-akan buta melihat hakikat ini?
Bayangkanlah jika Malaysia sedang diperangi Amerika atau Yahudi, dan kaum keluarga serta sahabat handai kita mati bergelimpangan di bunuh musuh di sekeliling kita, peluru dan bom pula saban hari jatuh di depan mata, maka apakah kita mengharapkan (pada ketika ini) agar negara lain memboikot barangan Amerika dan Yahudi??? Atau apakah yang kita harapkan? Derma yang tak pernah kunjung tiba? Atau bantuan ubat-ubatan bagi yang telah meninggal? Atau kain selimut untuk menutup mayat-mayat? Atau apa???
Atau apakah pada ketika ini kita mengharapkan datangnya tentera-tentera umat Islam dari pelbagai negara untuk menyelamatkan kita? Manakah yang lebih menggembirakan kita, menunggu derma jutaan ringgit dari seluruh dunia atau menunggu bantuan ketenteraan untuk melawan Yahudi yang sedang mengganas? Sudah tentulah akal fikiran yang waras akan menjawab bahawa, saat ini kita sesungguhnya memerlukan bantuan ketenteraan dari tentera-tentera umat Islam!!!
Ya, inilah jawapan dan penyelesaian yang sebenar yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di Gaza saat ini. Mereka memerlukan bantuan ketenteraan, bukannya bantuan simpati kemanusiaan! Dan mereka tidak menghendaki kita hanya memboikot barangan Yahudi di saat Yahudi sedang menyembelih mereka, satu demi satau, hari demi hari. Demi Allah! Sesungguhnya penyelesaian yang hakiki ke atas masalah Palestin adalah dengan menghantar tentera bagi berjihad melawan Israel di sana!!!
Sesunggunya pemboikotan tidak akan memberikan apa-apa kesan untuk memberhentikan kesombongan Israel sedikitpun. Dan ia juga tidak akan menghentikan pembunuhan Israel ke atas umat Islam sedikit pun. Tapi malangnya inilah hakikat pemikiran yang dimiliki oleh sebahagian daripada umat Islam saat ini, hanya boikot sahaja yang dapat mereka fikirkan.
Sebagai seorang Muslim kita perlu melihat dan menyedari bahawa produk buatan Amerika dan Yahudi bukanlah hanya dalam bentuk barangan fizikal semata-mata tetapi lebih jauh dari itu ialah ‘produk pemikiran’ yang saat ini jauh lebih banyak diambil oleh umat Islam. Produk seperti nation-state (negara bangsa), demokrasi, HAM, Pluralisme, Liberalisme dan yang seumpamanya adalah produk pemikiran kuffar Barat yang sehingga kini masih dipegang kukuh termasuklah oleh ulama Islam.Apa guna memboikot produk fizikal Amerika dan Yahudi walhal produk pemikiran kufur mereka dipegang erat dan dijaga rapi!!! Produk pemikiran ini jauh lebih berbahaya dan inilah yang menyebabkan Gaza terus bermandi darah, kerana para pemimpin dan ulama yang ada masih berpegang teguh dengannya.
Produk pemikiran kufur menyatakan bahawa Malaysia ada batas sempadan negara sendiri (yang telah ditetapkan oleh Britsh), maka akal para pemimpin dan ulama juga ternyata ‘terbatas’ pemikiran mereka oleh sempadan yang dicipta British. Mereka sudah tidak nampak dan tidak boleh pergi lebih jauh sedikit bahawa sempadan palsu ini hanyalah rekaan British semata-mata. Sesungguhnya sempadan ini langsung tidak wujud dan umat Islam adalah umat yang satu. Dan satu-satu penyelesaian yang diajar oleh Islam dalam memerangi orang-orang kafir yang sedang memerangi Islam adalah dengan jihad. Ya! Ini kerana situasi di Palestin sekarang adalah situasi perang, dan perang wajib dijawab dengan perang (jihad), apatah lagi yang membunuh umat Islam itu adalah kaum Yahudi laknatullah yang telah mempunyai sejarah kejahatan yang sejak lama terhadap Islam.
Setiap negara umat Islam mempunyai tenteranya yang tersendiri, namun tentera ini semuanya dimandulkan oleh pemerintah yang pengkhianat. Langsung tidak digerakkan ke medan jihad, walaupun di saat saudara-saudara kita di Palestin di sembelih dengan dahsyatnya oleh kaum terkutuk Yahudi. Semua ini berlaku kerana kuffar British telah mengajar bahawa, Palestin adalah negara ‘orang lain’, Malaysia negara kamu dan kamu tidak boleh langkau sempadan! Kedudukan kamu yang paling baik adalah berkecuali, menjadi negara-negara yang berkecuali dan jangan masuk campur urusan negara lain. Inilah ‘ajaran’ setan British yang sehingga kini masih tertanam dengan kukuh di minda pemimpin dan ulama Islam. Kerananya, tidak ramai ulama yang berani menggesa pemerintah agar melancarkan jihad di sana, kerana hal ini bermaksud ‘mencampuri urusan negara lain’.
Jika benar kita berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunah, maka apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam masa kini, apatah lagi para ulama, adalah dengan menggesa pemerintah yang ada agar mengambil penyelesaian Al-Quran terhadap apa yang berlaku. Dan penyelesaian Al-Quran di dalam masalah ini tidak lain kecuali dengan menggerakkan tentera untuk berjihad melawan Isreal yang sedang memerangi umat Islam. Inilah tindakan yang wajib diambil dalam keadaan sekarang. Firman Allah SWT,
”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].
“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].
Hanya dengan bergeraknya tentera dengan mengikuti perintah Allah dan Rasul, inilah sahaja jalan bagi menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin, bukannya dengan boikot!!!
Post a Comment